19 Februari 2025 – Hari ini berlangsung dengan jayanya Seminar Mini Karl Fischer dan NIRS yang dianjurkan oleh JK UVIS, Jabatan Kimia, Fakulti Sains UTM bersama SepSTec Research Group, dengan kerjasama Metrohm Malaysia Sdn. Bhd..

Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dengan penyertaan penuh daripada para pelajar dan staf UTM, serta lebih daripada 8 wakil industri dari sekitar Johor Bahru. Kehadiran pelbagai pihak ini menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi terhadap aplikasi teknologi Karl Fischer dan NIRS dalam pelbagai bidang penyelidikan dan industri.

Seminar ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada teknik analisis terkini, malah membuka ruang untuk jaringan kolaborasi antara akademia dan industri. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan acara ini!