27 April 2025 – Syawal tahun ini ditutup dengan penuh makna apabila dapat bergumpul sama dengan para pelajar PhD, Master, serta pelajar Sarjana Muda (FYP dan Penasihatan Akademik). Walaupun tidak semua dapat hadir, majlis ini tetap berlangsung dengan penuh kemesraan dan kegembiraan.
Bukan mudah untuk menghimpunkan semua pelajar dalam satu masa dan tempat. Namun, saat-saat seperti inilah yang menjadi kenangan manis buat semua yang hadir. Kehadiran mereka yang hebat, bijak, dan berakhlak mulia adalah satu nikmat yang sangat disyukuri. Alhamdulillah.
Majlis ini bukan sahaja sebagai penutup kepada bulan Syawal, malah menjadi platform untuk merapatkan lagi hubungan antara pelajar dan pensyarah. Ia adalah ruang untuk saling mengenali di luar suasana akademik, sekaligus membina hubungan yang lebih erat dan harmoni dalam ekosistem pembelajaran.
Lebih dari itu, majlis Riang Ria Raya ini juga merupakan satu bentuk penghargaan buat para pelajar yang tidak pernah berputus asa dalam menuntut ilmu. Usaha gigih mereka wajar diraikan dan diberi sokongan moral agar terus cekal menghadapi cabaran dunia akademik.
Semoga ikatan yang terbina terus kukuh dan menjadi pemangkin kejayaan bersama, insyaAllah.


Recent Comments