12 Jun 2025 – Satu siri program Meet The Scientist berjaya dianjurkan dengan meriahnya di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, Jalan Yahya Awal. Ini merupakan Siri Ke-6 dalam usaha memperkasa minat terhadap sains di kalangan masyarakat umum. Saya telah dijemput mewakili Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia untuk menerangkan tajuk yang sangat dekat dengan kehidupan seharian iaitu “Keajabaiban Air”.

Walaupun air tampak biasa, sains di sebalik sifat dan kelakuannya mampu memukau jika didedahkan dengan pendekatan yang menyeronokkan dan mudah difahami. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan untuk para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah. Antaranya :

  • ๐Ÿ’ง Water Fireworks โ€“ eksperimen warna dalam air yang mempamerkan keindahan percampuran cecair.
  • ๐Ÿ’ฆ Sink The Coin โ€“ menguji daya ketegangan permukaan air.
  • ๐Ÿงด Talcum + Water โ€“ melihat bagaimana serbuk bertindak balas dengan permukaan air.
  • ๐Ÿงช Close The Bottles โ€“ eksperimen tekanan udara dan air yang mencabar minda.

Kanak-kanak yang hadir bukan sahaja teruja, malah menunjukkan rasa ingin tahu yang tinggi. Reaksi mereka jelas membuktikan bahawa pendekatan hands-on jauh lebih berkesan dalam menyampaikan ilmu sains.

Kini , perpustakaan bukanlah hanya sekadar tempat menyimpan buku, tetapi ia juga menjadi pusat komuniti yang aktif dan dinamik. Tanpa aktiviti menarik dan relevan seperti ini, sukar untuk menarik minat orang ramai ke perpustakaan. Seperti yang dinyatakan oleh Pengarah PPAJ.

“It is about collaboration,” – YM Puan Ungku Hajah Noorakmal Ungku Sulaiman, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor.

Kata-kata ini sangat relevan apabila kita melihat bagaimana kolaborasi antara institusi pendidikan, saintis dan perpustakaan berjaya melahirkan satu program yang bukan sahaja menghiburkan, malah memberi impak besar dalam mendidik masyarakat terutamanya golongan muda.