KURSUS PENULISAN PROPOSAL LIBATSAMA KOMUNITI BERIMPAK

Selamat Sejahtera,

  1. Bhg. Datuk/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Saudara/Saudari,

Perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) akan mengadakan kursus yang tersebut mengikut ketentuan berikut:

Tajuk
KURSUS PENULISAN PROPOSAL LIBATSAMA KOMUNITI BERIMPAK


Tarikh
7 NOVEMBER 2018 (Rabu)

Masa
9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat
akan dimaklumkan kemudian

Penceramah
Prof. Madya Dr. Johari bin Surif

Pengarah

Pusat Jaringan Komuniti & Industri

PENDAFTARAN DIBUKA SEHINGGA 4 NOVEMBER 2018 (Ahad) ==>>
BORANG PENDAFTARAN KURSUS PENULISAN PROPOSAL LIBATSAMA KOMUNITI BERIMPAK

Sinopsis kursus ini adalah;

Libatsama komuniti merupakan salah satu tanggungjawab seorang pensyarah untuk memindahkan ilmu yang dimiliki kepada masyarakat di samping pengajaran dan penyelidikan.  Melalui libatsama komuniti ini, seorang pensyarah akan turun kepada masyarakat, memberikan khidmat bakti, menterjemahkan teori kepada praktis, dan membangunkan profesionalisme seorang akademia.  Libatsama komuniti berimpak pula membolehkan projek yang dilaksanakan memberikan kesan secara langsung dalam kesejahteraan masyarakat secara lestari dan mapan.

Justeru, kursus ini direkabentuk untuk mendedahkan kepada pensyarah mengenai kepentingan projek libatsama komuniti berimpak kepada pembangunan masyarakat dan pembangunan profesionalisme dan kerjaya seorang pensyarah.    Peserta akan dibimbing untuk mengenalpasti isu masyarakat yang bersifat sejagat dan menghubungkannya dengan kepakaran yang dimiliki oleh setiap pensyarah, membina kumpulan serta merancang penyelesaian yang tuntas, serta melaksanakan tindakan yang bersistematik terhadap setiap isu yang cuba diselesaikan.

Peserta juga akan dibimbing untuk menulis proposal berkaitan projek libatsama komuniti berimpak yang berupaya mendapatkan geran daripada pelbagai sumber, agensi dan industri yang berupaya memberikan sokongan kewangan untuk kelangsungan projek libatsama komuniti yang dilaksanakan. 

Proposal yang baik seharusnya jelas, mudah difahami dan meyakinkan.  Ia perlu mempamerkan objektif yang jelas, impak kepada komuniti, rangka masa yang khusus dan singkat, kos yang rendah dan bersifat lestari. 

Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman tentang pelbagai pertimbangan pemberi dana dan bagaimana untuk menangani isu ini.  Sebagai tambahan, teknik untuk mencari komuniti dan agensi penaja dan mempersembahkan proposal yang boleh memenangi kepercayaan mereka akan turut dibincangkan.  Di akhir kursus ini, peserta akan dapat menghasilkan sebuah proposal projek libatsama komuniti yang berimpak dan dibimbing untuk melakukan pembentangan yang berkesan.

Sekian, terima kasih. / Regards, thank you.

b.p Pengarah UTMLead

Norliah Binti Mahmod

Administrative Assistant