Pelaksanaan WFH Bagi Staf Akademik
Pihak universiti telah memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa mulai 22 Nov 2020 seperti yang telah dipanjangkan oleh PSM semalam.
Sehubungan itu, dijelaskan semula pelaksanaan untuk staf akademik:
- Staf akademik secara automatik dibenarkan Bekerja Dari Rumah (WFH)
- Tidak perlu membuat permohonan WFH/WFO di dalam portal UTM atau UTMSmart
- Sekiranya staf perlu hadir ke pejabat hanya menunjukkan pas hijau HDF dan kad matriks di pintu masuk UTM
- Memastikan rekod kehadiran dibuat setiap hari menggunakan aplikasi check in/out di tab WFH di dalam UTMSmart