FM Square
Ruang ini adalah ruang ‘outdoor’ yang berfungsi sebagai ruang berhimpun/ interaksi, ruang keraian dan aktiviti santai para pelajar di Fakulti Pengurusan, UTM. Kapasiti ruang ini boleh menampung 200 orang dalam satu majlis/acara. Saiz ruang berbumbung ialah 400mp dan ruang terbuka ialah 900mp.
Rekabentuk ini juga mengintegrasi struktur kanopi dan elemen persekitaran bagi menyediakan persekitaran yang redup dan teduh dari cuaca panas dan hujan.
FM Convention Hall
Ruang ini adalah ruang ‘indoor’ yang multifungsi. Ruang ini boleh dijadikan ruang konvensyen, ruang peperiksaan dan ruang keraian. Terdapat ‘collapsible partition’ yang membahagikan 2 ruang sebagai opsyen penggunaan. Keluasan ruang keseluruhan ialah 300mp.
Makmal Psikologi Instrumen dan Pengukuran
Makmal Latihan Kaunseling
Ruang ini adalah ruang makmal yang dinaiktaraf untuk kesesuaian fungsinya. Terdapat tambahan bilik-bilik untuk membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan selesa dan kondusif.
Bilik-bilik Tutorial dan Bilik-bilik Kuliah
Ruang-ruang ini diberi nafas baru dengan penambahbaikan dinding dan tambahan ‘collapsible partition’ untuk membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan selesa dan kondusif
.



VIEW
