Satu GeoPortal telah dibangunkan khusus mengumpul secara OneStopCentre – maklumat berasaskan lokasi semasa krisis banjir (lokasi mangsa banjir) dan pasca banjir merangkumi lokasi pusat pengumpulan bahan bantuan kecemasan dan lokasi kawasan yang memerlukan bantuan dan cadangan bantuan (jika ada) yang dilaporkan oleh orang awam dan juga warga UTM yang prihatin.
Jika ada mengetahui
1) lokasi pusat pengumpulan barang bantuan
2) lokasi kawasan yang memerlukan bantuan (beserta cadangan bantuan yang diperlukan)
boleh kongsi maklumat tersebut dengan Tekan Butang ‘ Submit A Report’ di dalam geoportal
https://utmprihatin.crowdmap.com/
Platform ini merupakan satu komuniti projek hasil kerjasama Kolej Tuanku Canselor UTM dan TropicalMap Research Group, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah UTM.
Share maklumat yang anda tahu kerana kita semua prihatin.