SpellBinding Proposal Workshop

Berkesempatan hari ni join SpellBinding proposal workshop daripada Ismail Sisters

Antara tips menarik yang di kongsi adalah

  1. Setiap kali nak apply proposal international/industry – lihat spec dan pastikan you offer more – cthnya jika sponsor itu adalah daripada negara Aussie, pastikan dalam proposal ada collaborators dari aussies. Jika spec perlukan sekurang-kurang 3 Asean investigator, you add another one
  2. Berkenaan proposal Phd pula, pastikan diperingkat awal telah meletakkan co-supervisor yang mempunyai kepakaran yang boleh membantu pelajar itu. contoh jika main sv tidak pandai statistik, boleh invite co-sv dari universiti lain atau fakulti lain yang boleh membantu pelajar

Kagum

Terbaca satu training ni

By ismail sisters

Dah berapa kali lalu lalang di FB

Malam tadi tengok eh kenapa muka nya sama ?

Tengok nama ayah

Oh adik beradik lah

Dua dua profesor di universiti RU

Bukan calang calang

Citra karisma 2021

Tahniah kepada penerima

Kita celebrate the success je lah

My Covid Experience

Khamis – 5 Ogos – sikecik Mawar dan Melur Demam. Sebelum tu juga, beberapa hari lepas, saya mengalami batuk pada waktu malam, terasa macam ada sesuatu di tekak. esok pagi makan ubat batuk, alhamdulilah hilang. masa tu juga mawar batuk.

Papa start demam pada Sabtu 7 Ogos 2021. Malam tu papa tidak kuarantin dan masih tidur dibilik macam selalu cuma di katil kecil Mawar dan Melur sahaja. Manakala yang lain di katil King. Selepas tu, malam2 lain papa kuarantin di bilik belakang

8 ogos – papa kuarantin di bilik belakang. tapi budak2 masih keluar masuk. Makan pun masih dimeja makan.

9 ogos – Papa kuarantin dibilik belakang. tapi masih taknak buat swab test.

10 Ogos – Awal Muharam – papa buat self-test daripada kit yang diberikan oleh abg azim (jiran).dan lepas isyak papa bagitau result posifif, semua bar warna merah. Pagi selesama kerana mencari majalah lama untuk kerja kolaj addeen. Orang pertama di call setelah tahu result papa adalah mama. tapi around 9 dah agak mama tak angkat telefon. Jadi menjadi mangsa eli (thank you eli) untuk bagitau mama urgent. Lega dapat support advice dari mama, tgh malamnya dari kak long. Then call Dr Suhaili, untuk minta dia belikan test kit kat farmasi, esok

——————————————————————————

11 Ogos – SAYA, IMRAN, AISYAH MULA BERGEJALA

papa pergi ke Klinik di Taman Pulai Indah untuk buat test. Doktor kata jika negatif, result akan tahu pada hari yang sama – Imran demam panas 38 degree. Siang, selesama makan loratidine. Malamnya dalam pukul 11, waktu nak tido, terasa kenapa badan menggigil, payah nak control. cepat2 tutup semua kipas, dan turun bawah makan panadol. Pukul 12 malam tetiba ada ting tong, takut nak bukak pintu. rupenye dua jiran (abg azim dan Dr helmi) datang bawakkan oxymeter. Malam sukar nak tidur, kerana hidung tersumbat. guling sana guling sini. nasib baik katil kosong. Siangnya abg azim belikan ubat2 dari farmasi untuk papa . taktau ubat apa, tau2 dah sampai rumah.

————————————————————–

12 ogos – PAPA CONFIRM POSITIF

result papa diketahui petang – confirm PCR test positif. – Aisyah mula demam 39 Degree (sempat jawab exam Sejarah dan Bi) . Pagi check oxymeter 95-94. Petang, alhamdulilah check 97. Magrib buat test kendiri pakai saliva – (ada 3 bar, satu bar samar-samar warna merah (Dr suspect weakly positif). Petang, abg azim bawakkan kelapa dua biji. Lepas tu belikan beras, milo, roti.minyak masak dan panadol yang dah habis kat rumah ni.

Malam terasa hidung tersumbat, cepat2 check oxymeter 97. walaupun hidung sumbat. Malam sukar nak tido kerana hidung sumbat.

——————————————————-

13 Ogos (jumaat)- SAYA CONFIRM POSITIF

hari ni kene bawa papa ke CAC untuk jumpa Doktor. Kerana sudah 7 hari demam. Pagi ni masa tengah menaip blog ni, dengar bunyi motor, tapi takde tingtong. rupenye jiran datang bawa tong minyak kereta sbb kereta kitorng dah habis minyak. Ya Allah. baiknya lah jiran ni.

ok sambung lagi.

Sebelum pergi CAC, dah ready dalam minda, nak datang hantar papa. masa drive, terasa kenapa seperti mamai je bawak kereta, terasa sungguh bahaya. tapi sebab papa ada kat belakang, beri arahan jalan, kiri kanan, terasa ok. mamai nya cth bila nampak hijau, semua kereta jalan, baru jalan. tak boleh berfikir apa maksud hijau ni. macam mental block.

Sebelum pergi tu, ada tenaga untuk menyiapkan KPI utm yang tertangguh, kesian papa panggil banyak kali sebab katanya doktor dah call .

Mana tau rupanya hari Jumaat, CAC tutup pukul 12.

Pukul 11 baru bertolak dari rumah. maaf Doktor Haryati, PP KK Gelang Patah (baca dari cop, hihi) kenaifan saya

Papa set waze ke KK Bkt Indah, rupanya silap. patut sampai sana lengang je orang. Rupenye di Dewan dekat dengan area Jusco Bukit Indah.

Alhamdulilah, parking betul2 depan gate. sempat lah mengintai papa jumpa Dr haryati yang call banyak kali tunggu papa tu. Sambil mengintai tu, alamak kenapa doktor lambai-lambai ni. Terpaksalah matikan enjin. dan gagahkan kaki gi jumpa Doktor di depan gate.

Habislah, doktor suh masuk buat confirmation test, sbb result saliva kit semalam tu blur (macam orang nye gak, hihihi). Bila papa dan Dr kata tak sakit, dan sekejap je resultnya, ok fine, gagahlah kaki masuk ke dalam. Ada banyak khemah. Papa terus ke khemah untuk Dr buat interview, check suhu, BP dan oxymeter. Suhu papa 39 degree (walaupun baru lepas makan ubat), Dr terkejut ingatkan silap termometer. Check semula di dahi saya, normal.

Dah lepas tu Dr isi borang – ok refer to Hospital Permai

dan saya pula lepas tu gi khemah yang ambil swab test guna Antigen AG tu. Blur juga time tu cemane prosesnya.

Rupanya duduk di kerusi, nama akan dipanggil untuk dapatkan sticker yang ada nama kita untuk diletakkan dibotol test nanti. Dah dapat sticker tu beri kepada team yang akan jolok hidung tu.

Dah dapat sticker tu baru mereka panggil. Saat dipanggil, tak keruan sebab tengok muka masing2 yang baru lepas jolok tu merah-merah menahan air mata.

Bertabah time tu. Dahle tukang jolok lelaki, lagi kene control malu. hahaha

dia jolok dua-dua belah hidung. ingatkan macam dalam. tapi terasa macam tekak kene garu je ( siapa yang dah biasa gatal tekak, akan biasa dengan ni). tapi tula jangan hayati proses dia menjolok tu. hahaha (next time kene pikir kisah lain yang menarik utk distraction memikirkan proses tu).

Dah jolok, kene gi khemah pakai Gelang Pink. masa mendaftar gelang ni, adalah sebagai PUI sebab result test belum keluar. Jadi berjumpalah semula dengan gelang Pink (last jumpa masa melahirkan Melur 4 tahun yang lalu)

Di beri masa kuarantin dari 13 Ogos sampai 20 Ogos rasanya (sbb PUI).

Dan seterusnya tunggu result. Rupanya result dah lama keluar. cuma tak jumpa encik frontliner yang bacakan result tu. rupenye dia duduk di khemah luar pagar. aduhai.

Papa pun dah penat menunggu dan ajak balik. Nasib baik jumpa orangnya. jika tak, tunggu message dalam 24 jam. berdebar gak nak menuggu tu kan.

Dalam hati berdoa, biarlah negatif. senang cerita. tapi dalam senarai nama yang dipegang banyak Merah (positif) daripada biri (negatif). Mencari di helaian sebelah, Sah. Positif.

Redha.

Sebelum balik, ambil testing kit untuk test anak2 dirumah. Kit ni diberi percuma je. tempatnya di ruang parking. tapi dah tutup. Jadi Dr hayati bantu sekali lagi untuk berikan kit tersebut. terima kasih Dr (banyak memudahkan kami, kami ni je yang menyusahkan Dr call banyak kali).

Sampai dirumah –

Ada barang-barang ina/alil belikan. bawakkan tomyam (yum yum), ikan salmon, udang untuk stok rumah. abg shaari pun ada belikan ayam dari hasanah untuk stok ayam kami.

selesai solat semua. bermulalah acara mendebarkan. test semua anak. yang paling mencabar, kit yang diberikan oleh hospital ni jenis kene meludah. Haih, nak ajar budak2 ni meludah. aduhai. bertabahlah.

tapi alhamdulilah, berjaya untuk aisyah, imran dan addeen (walaupun meludahnya aduhai, sakit hati tgk hahaha).

dan atas sebab itu, surrender, mawar dan melur tak leh guna kaedah ni. kene guna test kit yang Abg azim beri pada papa tu. Jadi terpaksalah minta abg azim belikan cari di farmasi. kerana tidak semua ada farmasi yang jual kit tu (jenis yg ada cotton swab tu, mudah calit2 kat gusi kiri kanan, dan dalam hidung sikit).

Malam baru berjaya buat. dengan mengumpan esok akan dapat gula gula besar (thanks alil dan ina belikan gula). Walaupun nampak lebih mudah, tapi muka budak kecik ni bila kita swab hidung, terus taknak buat dah. terus lari (aduhai, cemane ni, lepas ni mesti kene swab lagi kan untuk final check semasa tamat kuarantin).

Malam tu juga, cikgu zaidi geng PIBG papa, bersungguh datang bawa 2 botol herba minta papa minum sebab katanya boleh membantu kawan2 dia yang ada covid sebelum ni. risau beno dia sbb papa nak masu hospital kan.

—————————————————-

14 Ogos ( sabtu) – AMBULAN DATANG

bangun-bangun pagi, baca whatsap papa, terima msg dari Doktor yang katil telah ada, dan minta ready ambulan datang, pada waktu pagi. dan papa happy bangun pagi suhu 37 normal, tapi dalam pukul 10 tu naik semula 38 ( dah sedih muka papa)

Bermulalah tugas, memastikan kelengkapan dan barang2 makanan untuk papa ready masuk dalam beg. Papa yang susun, saya beri je depan pintu. Nasib baik ambulan sampai lambat, jadi sempat lah seluar kering dan 3in1 daripada alil dan ina sampai (kesian diorang, pagi2 lagi kene mencari barang (lemon, milo paket, ketam), terima kasih sangat).

Exercise juga pagi ni naik tangga turun tangga cari barang2 utk dimasukkan ke dalam beg papa. readykan air lemon, bubur nasi dan termos ( tapi ni paling sedih, baru tau tertinggal, ada je kat rumah, simpton covid adalah pelupa. dah ready tapi tak masuk dalam beg. haih

Sempat juga abg faizal belikan ubat batuk herba, ubat demam papa (yg cepat habis) dan earphone yang rosak (senang nak video call nanti) sebelum ke hospital.

ambulan janji nak datang pukul 12.30 sampai 1 tengah hari. Tapi sampai dalam 1.30 tengah hari. Bukan ambulan yang datang, tapi van hospital. dalam tu ada sorang pesakit juga. Rupanya, lepas ambil papa, van tu gi ambil sorang lagi makcik sebelum ke hospital permai. Dalam 2.30 papa tunjuk gambar dah siap baring di katil hospital yang ala-ala private tu. Alhamdulilah rezeki papa dapat hospital permai (kalau HSA, merasalah experience hospital sebenar , hihihi).

Papa pergi je. Terus abg faizal ni (merupakan pentadbir viscaria komuniti ni) call tanya keadaan anak2 dalam rumah. dan kata jangan malu-malu call nombor dia untuk sebarang bantuan. Abang faizal ni lah yang menjadi abang kawasan dalam viscaria ni.

Memandangkan dah hari ke-2 demam baik, walaupun simptom covid (Brain Fog aka mamai aka Blur tu ada), terpaksa menjadi doktor memantau suhu dan oxymeter anak2 yang ada dirumah. Alhamdulilah, semua tak demam kecuali Imran yang sudah 5 hari demam panas, dan aisyah yang dah dua hari pening kepala.

Bacaan oxygen imran pun ok setelah 3 kali suh dia bertenang. terkejut tengok bacaan oxy dia 94.

Magribnya alil datang lagi bawa barang-barang (susu mawar, dan gun sanitizer dengan 2 botol sanitize, tg ina dan alil)

Malam pula dapat news, oxygen papa drop 94. jadi kene pindah bilik yang ada oxygen fasiliti. Perasan masa papa call pukul 5 petang, terasa macam bernafas laju macam short breath.

——————————————————

15 Ogos 2021 (Ahad) (ADDEEN MULA DEMAM)

Perkara pertama bangun tido yang dicheck adalah whatsap. risau ada apa-apa jadi pada papa.

Rupanya sejak tengah malam, papa dan on oxygen sampai ke pagi.

Dan pagi ni, video call, ye nampak papa oxygen tiub halus tu. Dan papa dah start on ubat masuk dalam badan. (Alhamdulilah, hari ni papa kata dah tak demam, lega)

Di rumah pula, mula lah ekspedisi sanitize rumah dengan gun sanitize (yang ina, alil bawakkan, sampai dua tong cecair tu, terima kasih banyak). Bukan setakat barang di sanitize, orang pun sama. hihihih

Pagi nya aisyah ada exam lagi. dan masa dia jawab exam, check suhu aisyah (Demam!). Oxy = ok

Check imran = alhamdulilah (setelah 5 hari demam panas), oxy = ok

Check addeen pun ok paginya. sibuk main game. Bila second round check suhu, pukul 7 malam, addeen lak demam! suhu 37.6 degree. heart rate pun lebih 100. tapi paling seram adalah oxymeter dia 94%. mula dah risau. adakah oxymeter tu tak sesuai untuk budak kecik, jari kecik. tunggu lama bacaan tu, nai turun 94-95 sahaja. tanya ada susah nak nafas ke, katanya tiada gak. sibuk main game, cakap dia tak demam (alahai budak).

Belah petang ke malam, terasa penat. Malam masa nak isyak, rasa macam tak boleh nak habiskan 4 rakaat tu. bila dah habis, cepat2 check blood pressure (ok). dan oxymeter (border 95%). jadi kene rehat cepat malam ni. selalunya tido selepas budak kecik dua orang tu tido. (walaupun mereka tido di ruang tamu, nak kene nampak ibu juga kat tepi, baru nak tido. Yela sebelum ni sorang kat kaki, sorang kat lengan. kali ni ibu tercongok lah tepi tangga, sampai lah mereka tido. tapi malam ni tak larat, kene tido dulu, selepas check semula oxymeter addeen jadi 96% dengan suhu badan normal (sbb dah bagi makan ubat pukul 8 malam).

Dr suhaili pun ada bawakan ubat antibiotik untuk imran (tq beb) tapi sbb dia baru je baik demam hari ni. hold dulu. kawan-kawan lain roza dan pojat pula offer belikan vitamin c dan test kit yang sesuai untuk budak2 tak yah meludah tu. aduhai. tqvm korang.

hari ni juga ada ramai yang tanya khabar. terima kasih sangat. Maaf jika ada yang tak sempat nak reply dan angkat call. dan terbaca di whatsap jabatan untuk buat bacaan yaasin virtual esok. Ya Allah, terharu. Alhamdulilah. terima kasih sangat.

—————————————————

16 Ogos 2021 (AISYAH IMRAN CONFIRM NEGATIF)

Pagi-pagi whatsap papa. Papa ok. Dah tak demam. dan tak pakai oxygen.

Pagi ni dah book slot untuk confirmkan result Aisyah dan Imran. Pukul 9 di klinik Pulai Indah. Doakan ya

Updated: 11.39 am

Sampai di klinik belakang rumah, ramai dah orang beratur tunggu nak kene swab. Imran dan aisyah pun beratur. dari dalam kereta mengintai camne diorang ni. dari jauh, nampak imran nak menangis kene jolok hidung kiri kanan (nasib baik dia tak lari). lepas tu dia terus ke kereta, bgtau sakit. lepas tu turn aisyah, tak sempat nak nengok aisyah cemane time kene swab tu. sbb tengah tengok imran yang meluahkan kesakitannya kat seat belakang. aisyah sampai, kata sakit, ibu.

Bila sampai rumah, tengok adik melur dah tunggu depan pintu rumah. dia tinggal berdua je dengan addeen tadi sbb masih tidur. Terus check addeen panas! beri dia ubat.

Lepas tu ambil suhu, check addeen. demam 38 degree. ambil oxymeter, lagilah bacaan menakutkan. berlegar-legar 90-94. Dia kata malam tadi dia takleh tido bawah kipas, tak leh bernafas. tukar tempat baru boleh.

terus suruh dia mandi.

Naik atas, Video call dengan papa. tengok papa pakai oxygen. katanya tadi sit and stand test, oxy dia 93. jadi kene pakai oxy.

lepas tu saya pun try kat rumah buat sit and stand test, 1 minit (haih, lenguh kaki, hahaha) oxy = 98.

klinik whatsap result untuk aisyah dan imran dari Klinik . Berdebar-debar juga masa klik File PDF tu. mencari -mencari mana ruangan kata negatif ke positif.

Negatif.

Alhamdulilah.

Lepas tu, check suhu addeen, normal! oxymeter addeen semula. buat 7 kali cubaan, tarik jari dan masuk. dalam 7 kali bacaan below <95 tu 3 kali. lepas tu kali 4-7 baru lah dapat bacaan >95.

Lega.

adakah kerana jari addeen kecik menyebabkan bacaan pelik macam tu. atau memang betul oxygen addeen not ok.

Dr virtual cac call minta datang ke cac untuk assessment Dr. ingatkan nak book esok, tapi dah full. Jadi pilih hari Rabu pagi.


17 Ogos 2021 (PAPA ON ANTIBIOTIK)

Pagi ni papa bagitau onboard antiobiotik.

Lega, sbb Dr berikan ubat.

Tapi berkira-kira dalam hati. Ni kalau on antiobitik, paling-paling 5 hari lagi papa kat hospital 🙁

Tengah hari dan petang, papa tak pakai oxygen dah.

Tapi kene masuk air. dehyrated.

Pagi, sempat attend kelas Buat e-sijil. Lepas habis kelas, teras berpinar-pinar mata. Jadi kene have a rest tengah hari tu. Lepas tu bangun tido, dah ok semula. oxygen dan BP semua ok.

Kat rumah,area kulai dan skudai termasuk pulai indah takde air hari ni.

Belah malam, dua kali angkut air naik atas. Lelah juga angkut berat2 tu. hihih

————————————-

18 Ogos 2021 (BUANG MASA GI CAC)

Hari ni pagi-pagi bersiap nak gi CAC. konon appointment pukul 8.30.

sampai pukul 8.10am, kene parking jauh. beratur panjang.

Tengok orang beratur panjang, tapi tak nak ikut orang beratur (sbb gate belum bukak, takyah beratur lagi, penat berdiri je).

Sebab

  1. apabila gate di buka pada 8.30 am, akan datanglah ATM ke RELA ke yg jadi frontliner ni, bagi arahan. untuk mana yang disahkan positif dan baru nak buat pemeriksaan. dan mana satu group yang untuk swab test kali kedua. Jadi sebelum gate dibuka, tak perlu beratur panjang-panjang. Tunggu je di area di depan gate masuk
  2. Lepas tu, masukkah dalam group positif kan. Dalam group ni pula, dibahagikan kepada dua pula, mana yang teruk dan mana yang simpton biasa. Yang teruk akan dapat nombor. Dan., yang tak teruk ni…….
  3. Di depan gate masuk, akan di check bacaan oxymeter. Jika ok, hanya suh scan borang assessment. dan balik

Dang!

Wasting my time.

Dah pernah isi dah borang tu. kita datang ni sebab doktor cac yang suruh datang. tapi bila sampai-sampai, guard suruh balik pulak.

Jadi mana-mana yang positif tapi takde gejala takyah datang sana pun. dan tak perlu pakai GELANG PINK pun (jaga-jaga! la ni siapa yang positif pun tak de pakai gelang pink)

Ya, diorang pakai digital mysejahtera. Positif pastilah merah mysejahteranya. Ye, diorang tak leh masuk shopping mall, tapi gi kedai goreng pisang, gi beli air kat tepi jalan, boleh je. Jadi hati-hati dengan SOP terbaru ni. payah nak detect siapa dan siapa.

Jadi sejam je lah kat cac tu. tak masuk dalam pun. di parking lot je. buang masa kan.

Dah bagitau sihat dah kat doktor online tu, suh juga kita datang. sekali kita datang, terus kene suruh balik.

Lenkali, prosedur tu biar selari untuk semua orang. ni sana cakap lain, sini cakap lain.

Nasib baik hari ni boleh drive dengan baik.

Nasib baik pagi ni keadaan sihat, tak de penat. Haih

Berbalik pada cerita papa. Settle je di Cac tu masuk kereta. call papa. tengok papa kene on oxygen semula sbb bacaan tak baik. Haih.

Dah hari ke – 12 ni papa. Bila boleh balik ni.

Nak gi cabut gelang dah ni.

—————————

19 Ogos 2021 (DERIA BAU DAH ADA)

Belah pagi, ada bacaan Yaasin anjuran Fabu untuk mereka yang terkesan dengan Covid ni. Terima kasih banyak atas doa semua.

Belah petang, dari atas terbau ikan goreng. masa tu tak terpk apa lagi. Dah lama siap makan, naik atas. cuba buka pewangi glade tu, spray minyak wangi. Alhamdulilah deria bau dah ada. Start hilang deria bau perasan masa hari Jumaat, lepas confirm Positif tu.

—————————

20 Ogos 2021 (MENARUH HARAPAN)

Harini dah standby, konon nak gi Permai ambil papa.

Tunggu sampai petang.

Confirm. tak jadi balik hari ni

Mungkin Hari Ahad baru balik. Sebab bacaan darah papa masih not ok.

Patutnya hari ni kene gi cac ambil kit untuk check hari ke-8 tapi check2 balik cukup pula kit untuk buat self-check kat rumah ni. Tapi takde mood lak nak check hari ni. so tunda lagi ambil bacaan.

Crim workshop secret on table

No vertical line,only horizontal line

Proper footnote

3 significant figures

Consistent unit

Fit in 1 table – if more than 1 page…it need to be break into 2

SECRET 11 – minor error

Short form of journal name in citation..for elsevier

Wrong acronym

Use 3000000 = 3 M

WRITE YOUR PAPER like a politician speech

50% contents for layman

50% content for peers

UTM desired outcome 2025

Ada 8 DOE sehingga 2025

DO3 ialah high performance delivery culture driven by KaI 4 dan Kai

Question: cemana uni assess KAi ni ye. Kene cari ni

DO2 outstanding and high competent staf

Ni paling mencabar diri. Kene cabar diri utk menjadi outstanding dan berkemampuan tinggi

Bagi introvert like me, aspek ni memang mencabar. Kerana perlu jadi outstanding sedangkan introvert ni suka low profile. Work behind the door.

Outstanding

High competent

Ni pun sama perlu bermotivasi bertenaga. Baru umur 40thn dan terasa penat utk capai KPI tahunan (jer) dan terasa nak pencen awal ..hihi

Majlis bersama naib canselor 2021

Tahniah ramai yang naik pangkat hari ni sampai 80++

Ada beberapa familiar faces macam Arda kak wati abg aede

Dato NC highlight kepentingan ISES UTM

I = INTEGRITY

S= SYNERGY

E= EXCELLENCE

S= SUSTAINABILITY

Jadi bile industry atau orang luar deal dengan warga UTM… elemen ISES dibawa bersama

Envision 2025 UTM by prof helen

Utm is leading to big data analytic. How to be a data driven institution?

The current big data implementation is seem not to sufficient to predict and making decision. It is still not able to produce the output of data analytic that is good enough for predicting and as input in decision making.

AGM IGRSM 2021

Simple but Impactful By Prof Hamdan

Remarks:

  1. walaupun tiada geran, boleh usahakan produce paper tanpa memerlukan grant
  2. Envison UTM adalah memfokuskan kepada AIM4STAR – iaitu DNA FABU sedia ada. Jadi kita boleh