Hebahan aplikasi Web dan Mobile UTM Prihatin crowdmap untuk perkongsian maklumat lokasi berkaitan operasi bantuan pasca banjir
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Tuan/Sdr
Kami dari UTM ada membangunkan satu web dan mobile aplikasi secara percuma untuk digunapakai oleh orang ramai dan sukarelawan berkongsi maklumat lokasi bantuan diperlukan, lokasi pusat bantuan, lokasi bantuan telah dihulurkan dan lokasi pergerakan sukarelawan.
Platform percuma ini dibangunkan sebagai salah satu projek komuniti oleh kami dari UTM skudai untuk memudahkan pengurusan maklumat daripada sukarelawan berkaitan operasi bantuan pasca banjir secara SETEMPAT.
Kami dapati perkongsian maklumat daripada orang ramai dan sukarelawan berkaitan operasi bantuan pasca banjir yang tidak setempat menyukarkan koordinasi bantuan, menyebabkan pembaziran bahan bantuan seperti berlebihan di pusat bantuan dan akan menyukarkan pengurusan maklumat dalam menentukan mana kawasan yang telah dibantu, yang perlu dibantu, dan mungkin terlebih bantuan.
Kami mencadangkan pendekatan perkongsian makluamat berasaskan lokasi untuk memudahkan sukarelawan sama ada NGO atau orang perseorangan dan orang ramai mendapat maklumat lebih terperinci berkaitan kawasan mana mana yang perlu dan telah disalurkan bantuan.
Diminta jasa baik daripada team sukarelawan pihak Tuan untuk menggunapakai dan juga mewarwarkan platform percuma yang kami bangunkan untuk sukarelawan dan orang ramai berkongsi maklumat berasaskan lokasi menggunakan web dan mobile app.
Bagi pengguna aplikasi web, lokasi boleh dimasukkan menggunakan alamat,nama jalan, nama kampung.
Manakala bagi pengguna mobile berkongsi maklumat, lokasi dikesan secara automatik berdasarkan kedudukan terkini tablet/smartphone pengguna.
Aplikasi web boleh diakses di alamat http://utmprihatin.crowdmap.com
dan manual muat turun aplikasi mobile berasaskan android (Play Store) /ios (App Store) boleh diperolehi di web di atas atau juga di blog https://people.utm.my/hawani.
Jika pihak Tuan berminat, kami boleh jadikan Tuan sebagai salah seorang admin geoportal ini dimana admin boleh memuat turun dan mendapat akses kepada data yang dimasukkan kedalam sistem.
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.
Kami UTM Prihatin