Car Free Day UTM

*sebenarnya tak berapa setuju dengan car free day ni yang dirancang untuk dibuat sekali dalam setiap bulan di UTM, kerana kene menapak dari tapak parking konvokesyen ke fakulti, jika bawa laptop lagi le bertambah beban. nak datang meeting yang selalunya boleh parking di hadapan bangunan, ambil masa untuk sampai, dah berpeluh baru leh tiba.  Car free day yang dibuat tempoh hari dapat dilihat staf yang mohon cuti pada hari tersebut, car free day = cuti day 🙂

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Lestari

Greetings,

Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa program “Car Free Day” yang telah dilancarkan pada 20 Disember 2016 merupakan pencetus kepada gerakan seterusnya untuk menghasilkan transformasi kelestarian di seluruh peringkat unit/PTJ di dalam kampus. Justeru itu, sebagai langkah permulaan 2017, pihak kami telah mencadangkan untuk tempoh 6 bulan akan datang, tarikh-tarikh yang dipilih adalah seperti berikut:

12 Januari 2017 (Khamis): Minggu ke -2
2 Februari 2017 (Khamis): Minggu pertama
2 March 2017 (Khamis): Minggu pertama
6 April 2017 (Khamis): Minggu pertama
4 Mei 2017 (Khamis): Minggu pertama
1 Jun 2017 (Khamis): Minggu pertama