Tarikh Akhir Kemasukan Data Fasa 1 Elppt dilanjutkan

Tahun ni, buat pertama kali UTM ‘memaksa’ semua pensyarah untuk memasukkan data pada akhir November. Selalunya adalah di hujung Disember. Semasa reminder di edarkan didalam mailing list dua minggu lalu, saya abaikan buat angin lalu. Kerana menjangkakan ianya adalah seperti tahun-tahun sebelum ini.

Namun terdetik, untuk melihat infografik reminder yang diedarkan. Dan berulang-ulang kali zoom in zoom out, tanya kat Kelab Sayang Fakulti (our own membawang group for young lecturer). And that’ is it. Semuanya terkejut.

Dan detik jam 12 tengah malam tadi, tamat lah waktu untuk memasukkan bukti-bukti kerja di tahun 2020.

Amat mengharukan, kerana markah draf tak naik-naik. tak sampai 50%.

sungguh menakutkan

Yela setahun tahun dapat 100%. tetiba tahun ni memang sendu, depan paper jurnal non-ado. Paper conference satu sahaja.

Dan tengah hari ni, dapat notifikasi daripada whatsap fakulti, tarikh untuk memasukkan bukti – bukti kerja tahun 2020 dilanjutkan sehingga 7 Disember bagi bukti (Jan-Nov).

Tapikan…..

Nak masuk apa lagi?

Dah takda apa nak di cari dan di gali

Apa lah nasib ku

Kerana mu Covid, KPI 2020 jadi lagu ni