Promosi Plat Nombor Kereta UTM

Al kisah tentang nombor kereta beralphabet UTM.

Jika nampak kereta berplat nombor UTM, jangan ingat tu kereta milik UTM.

Tapi mungkin staf yang berkerja di UTM atau alumni UTM

la ni ada beberapa universiti yang ada plat nombor sendiri. Nampak jiran pakai plat nombor UITM. sah tu mesti alumni UiTM

penjualan plat nombor UTM ni rancak sejak hujung tahun lepas. tapi waktu tu en HB tak nak plat nombor UTM. dia tak lah kalau bawak laju kat hi-way kang orang bercerita, naik kereta UTM tapi bawak laju mcm pelesit.

Walaupun ada yang kata, memakai plat nombor UTM tidak melambangkan organisasi yang dipegang, tapi orang-orang luar orang kampung mana tau, diorang ingat kereta milik UTM. mungkin boleh terpalit jika owner kenderaan tu merempit ke, memotong queue di traffic light ke

Jadi adalah baiknya jika memakai plat nombor UTM ni, akhlaknya kena berhemah juga kerana ditakuti memberi nama buruk, indirectly kepada organisasi yang menjual plat nombor. kan? ada logik?

semenjak endownment UTM keluarkan promosi plat nombor UTM ..1 Dis 2020 sampai 31 Jan 2021 untuk staf berharga rm500. terus mengusha nombor feveret kereta pertama ku available lagi ke tak? masih ada…lega. ada harapan untuk membeli.

tapi en HB memberi syarat, jika nak pakai nombor feveret i kene jual itu KIA. otherwise pakai nombor yang dia created 9815 je.

sedangkan nombor feveret i tu sebenarnya nombor family belah i.

dilema!

Speak Your Mind

*