Tugas Penyelaras Akademik Program PG

Dilantik memegang jawatan sebagai Penyelaras Akademik Program PG Geoinformatik sejak tahun 2015 lagi.

Waktu tu Fakulti masih bernama Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. And dibawah Pengurus PG FGHT – Prof Kasturi. Waktu tu Prof Madya Dr Kasturi.

Jawatan Penyelaras PG untuk program Geoinformatik pada waktu itu kene cover PG research dan PG taught course.

Then pada tahun mid tahun 2018- FGHT bergabung dengan FAB menjadi Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU).

Then menjadi satu-satunya penyelaras PG Fght yang masih berada dalam position tu. penyelaras lama lain telah silih berganti. I je masih setia.

Menjadi penyelaras PG Geoinformatik dibawah FABU – skop kerja terhad menguruskan urusan akademik PG research sahaja. Utk taught course, dilantik penyelaras lain.

And pada bulan Ogos 2020, tamatlah peranan memegang jawatan penyelaras PG Geoinformatik FABU. walaupun sedih juga terpaksa dilepaskan untuk memberi komitmen lain.

Sayu juga terima surat penghargaan menjadi penyelaras daripada Dekan baharu FABU – Prof Hisham.

Sepanjang menjadi penyelaras – semasa di FABU sempat berkhidmat dibawah Prof Hamdan, Mantan Dekan Fabu, dan TDA – Prof Madya Dr Razali. Sekejap sahaja bersama Dekan Prof Hisham.

Dan semasa di FGHT, berkhidmat dibawah mantan TDA – Prof Madya Dr Baharin – dibawah Dekan Prof Razali Ukur dan Prof Hakim.

Sebenarnya best juga jadi penyelaras program PG ni – walaupun tidak mendapat elaun mcm jawatan pentadbir, tapi disebabkan persekitaran skop kerja dengan team PG FGHT -FABU yang mesra alam, peramah dan saling membantu – tidak memeningkan kerja kita sebagai penyelaras.

Sempat bekerjasama dengan Team FGHT – Arwah Kak Banun, Kak Latipah dan Dewi dan Aini (yg masih setia dengan team PG Fabu)

Tugas penyelaras PG ni senang juga- berbanding dengan UG yang lagi banyak subjek dan students yang kene handle. memang tolak awal-awal lah jika diberi tugas untuk handle UG ni kerana kene handle banyak pensyarah, yang macam2 ragam yang terdiri daripada bijak pandai.

Ringkasan peranan tugas penyelaras PG ni mudah je

  1. Membantu dalam pengesahan keputusan turnitin pelajar – kene kurang daripada 20%. Pelajar beri dokumen melalui email. Kita akan run di akaun turnitin kita. Jika ok, kita sign di result yang telah dicetak
  2. Membantu dalam pemantauan progress pelajar research – set up sesi penilaian pelajar di pertengahan semester
  3. Menjadi ahli Jawatankuasa Pengajian Siswazah (JKPS) fakulti – ni meeting setiap bulan – ni dihadiri oleh penyelaras PG, TDA, Dekan
  4. Menjadi ahli Jawatankuasa Akademik Fakulti (JKA) – ni kadang meeting 2 bulan sekali. yang dihadiri oleh penyelaras PG, UG, Dekan dan Pengarah Program
  5. Hujung semester, akan baca markah setiap pelajar research untuk pengesahan markah hujung semester.