Penulisan Tender – LI

Semalam seharian membantu company LI untuk menyiapkan tender daripada MOA.

Pertama kali terlibat dalam penulisan tender kerajaan.

Part yang diamanahkan adalah bahagian research methodologi. Strateginya adalah menulis semula TOR yang diberikan selalunya di dalam tender.

Projek itu ada dua fasa – engineering survey dan land acquistion plan

Maknanya survey – traverse, height di buat di fasa pertama. Dah settle submission engineering survey plan, baru akan proceed di fasa kedua iaitu land acquisition plan.

Dalam land acquisition plan ni, ada proses kene membuat carian rasmi di pejabat tanah dan galian. dapatkan sijil lot tanah.

Lepas tu kene submit LA (land acquisition) mengikut seksyen 4 dan seksyen 8. Katanya ini adalah template pelan JKR yang kene follow.

Bila dah submit ni dan lulus proses, baru boleh start kerja-kerja pegging Right of Way. (ROW).

Maknanya semasa engineering survey, kita akan tanda TBM sementara guna pegging kayu atau cat dan sebagainya. Bile dah lulus baru boleh buat permanent (kot)

semasa engineering survey proses yang terlibat adalah mengambil ukuran traverse, bacaan height dan coordinate benchmark dan juga TBM. dan selalunya surveyor akan pakai dua cara untuk dapatkan bacaan TBM ni menggunakan Electronic Distance Measurement (Total Station) tarik dari Benchmark kerajaan yang berjaya dijumpai atau pakai RTK-GPS surveying untuk establish reference mark.

Dalam projek ni melibatkan ukuran traverse sungai, jalan ladang dan parit di kawasan pertanian. jika melibatkan sungai, surveyor ada buat hidro survey untuk buat ukuran cross-section tebing ke tebing.

Dan ada juga buat strip-survey. Katanya strip survey ni pengambilan butiran juga, tapi tidak sedetails dan ada jarak sela yang perlu diambil.

Kene gali lagi macam mana caranya supaya boleh explain cerita pada student the flow.