Online Class membebankan pelajar?

Sepanjang tahun 2020 – 3 bulan sahaja kelas fizikal di jalankan.

Bulan-bulan lain pelajar perlu menghadiri kelas secara maya dan berada di rumah atau di asrama masing-masing.

Tidak dinafikan kelas online sebenarnya tidak memenatkan. Tidak perlu naik bas untuk ke kelas. Kadang-kala tidak perlu mandi pun untuk berapa di dalam kelas. Dah namanya online. Bau tidak dapat dipindahkan melalui laptop kan

Apabila 100% kelas adalah secara maya, tugasan, kerja lab, kuiz, ujian dan peperiksaan akhir semuanya secara maya.

Kerja-kerja yang memerlukan penggunaan perisian, pensyarah yang perlu demo dan simulasi dan pelajar akan lihat cara guna secara maya

Jika boleh install di laptop, amat beruntung terutamanya jika perisian itu adalah open source. Ada juga pensyarah yang menggunakan virtual team software dimana pelajar yang dirumah boleh menggunakan komputer di makmal secara remote

Memandangkan tugasan yang melibatkan makmal dan perisian amat sukar untuk dilaksanakan kerana kekurangan akses kepada fasiliti. Kebanyakan pensyarah akan menjadikan kerja makmal tersebut dalam bentuk tugasan.

Tugasan beralih kepada pelajar mempraktikkan kemahiran lifelong learning, pencarian menggunakan google search, kemahiran pelajar untuk membuat rumusan dan penulisan akademik (bukannya copy-paste atau plagiat)

Tidak dinafikan tugasan berbentuk esei dan perbincangan memang memakan masa. Kerana mengambil fasa proses untuk membuat carian, menghadamkan pembacaan dan menulis semula

Jika pelajar ada 5 kursus yang diambil pada satu semester, dan 40% peperiksaan menjadi 40% tugasan. Maka bertambahlah esei yang perlu dibuat untuk mengganti 40% markah exam.

Tidak dinafikan peperiksaan akhir lebih kepada cognitive thinking. menggunakan otak untuk berfikir. Mengeluarkan semula ilmu yang telah dibaca daripada nota. Dan tempoh itu hanya berlaku dalam 2 jam. Berbanding dengan tugasan yang pastinya 2 jam sahaja adalah proses untuk membuat carian.

Jadi penyelesaian untuk mengurangkan beban pelajar adalah terus dengan perlaksanaan selalu iaitu exam

tetapi isu yang paling utama adalah peperiksaan, pelajar meniru. memberi kawan tiru

jika peperiksaan adalah open book. ini tidak bermakna pelajar boleh copy paste sebiji daripada nota kuliah. Atau screen shot sahaja figure daripada website. atau copy paste sahaja teks daripada carian google.

Open book test/exam memerlukan pelajar untuk menghadamkan soalan dan mengemukan jawapan menggunakan ayat sendiri, pemahaman sendiri. Bukannya teks daripada carian google.

Mencabar bukan!

Speak Your Mind

*