5 jenis procrastinater

1. Perfectionatist -mementingkan kesempuraan.

Selagi tak puas hati, selagi tu lah dok edit dan padam

2. The dreamer – suka berangan

Berangan apa jadi bila dah siap, tapi no action. Tak mulapun. Berangan. Mcm angan-angan mak jenin. Berangan dulu baru nak mula

3. The avoider – pengelat

Mengelat bila bagi kerja. Nk kerja yang mudah2 je. Selalu dok pk risiko tak buat lagi bagus dari buat

4. Crisis maker – suka buat kerja last minit. Dah bg awal pun masih nk last minit. Dah last minit baru dapat idea katanYa

5. The busy people -ni peel sibuk je memanjang. Tak habis2 dengan sibuk tapi keje tak settle gak.

You’ll yang mana satu?

Kenapa bukan saya?

Ingat apa yang Allah dah beri sekarang,

Berbanding apa yang Allah belum beri

Hidup untuk kehidupan selepas Mati

Inspirational Quote

When ideas fail… Words come in very handy (so just write something and anything, and the idea will come later on)

Famous Quote

The best of a book is not the thought which it contains..

but the thought which it suggests;

just as the charm of music dwells not in the tones but in the echoes of our hearts.

PhD Tips 8 – How to be Effective Researcher

2 hari tau untuk habiskan kursus ni How to be effective researcher anjuran graduate school rupenye modul dia selaras dgn british education punye suppose sume uni kat uk offer course ni tak rugi ibu pi

walaupun register last minute best dapat bergaul dgn post grad lain dapat berkenalan dgn Asean friends

we are quite close jugak Thang, and Tuan dari vietnam (hanoi) golf dari thai (selalu pergi padang besar utk shopping)

first day, modul focus how to be effective dgn kerje-kerje phd second day, focus how to be effective bile deal dgn orang lain antara tips yang dapat

1. banyakkan penggunaan brainstorming, mind mapping utk menjana segala mcm idea and solution masalah

2. bile kita stuck, jgn malu jgn segan minta pertolongan daripada orang lain – daripada org expert dalam bidang (ooh one day aku akan contact Goodchild – father of GIS), post docs, lecturer dalam school and other schools, support staff, colleague – kene mempergunakan sepenuhnya kerana PHD ni hanya 3 tahun –

3. lagi cepat kita buat, and try – lagi cepat kita akan dapat ‘feedback’ utk improve experiment kita..so jgn tunggu ape2 lagi… cepat buat! ..sometimes, pikir lama2 membuang masa jugak!

4. Kene tahu ape yang kita expect, and ape yang supervisor expect… and paling penting, kene tahu ‘when it is finish?’ dalam buat phd – adakah apabila SV kata sudah enough? adakah internal kate dah OK? – jawapannya adalah…… kita sendiri yang tentukan ‘when it is enough’… dgn cara… membaca full lot of thesis…thesis colleague yang dah habis phd ke kita baca thesis dia…bukan skip2 ke ape.. baca satu2 sampai habis then….bile kita rasa, thesis kita dah sama mcm kawan kita yang dah dapat phd tuh experiment dah sama level mcm ape yang dia buat so maknenye ‘enough la research work’ kita dah leh dapat phd lah tuh ngeeeeeeeeeeeeee….

then tips dapat daripada 2nd day – focus how to be effective melibatkan orang

1. Different person different ideas – how to modified ideas from others to match with our own purposes.

2. Different places, different rules, different culture – so we have to know how to adapt with these. dalam hari kedua aku juga belajar and nampak potensi collaboration which is not focus in our own field but how to collaborate with other field mcm2 projek ngupenye boleh buat yaaargh.. nanti dah dapat PhD first research grant nak wat research collaboration nak propose something GIS dgn mechatronics nk wat collaboration dgn en hubby ish…asyik berkepit jeee ni. and the important fact yang memang membuat aku berfikir sejenak..

In doing PhD, you are a project manager, and supervisors are only the resources (terus terbayang seperti project manager dalam ceta Mr Trump and his apprentices) hehehe

Tips Phd 7 – Merancang Perjalanan Doktor Falsafah Anda

Dapat tips ni daripada pamplet terbitan VITAE di support oleh research council UK bagus dijadikan panduan ape yang perlu ada dalam work plan kite dalam setahun itu

STARTING YOUR DOCTORATE

Milestone yang perlu ada dalam first year planner kita adalah;

-tempoh induksi

-write a plan

-mula/tamat literature review

-agreement with supervisor on supervision process

-training needs analysis

-attend training

-write first year report

-define methodology

-begin data collection

-attend seminars, conferences

-family, work or other commitment

-holiday time!

-own milestone

MIDWAY THROUGH -milestone dalam second year pula

-skills audit to identify gaps and consider how to fill these

-assess research results achieved, and what realistically still needs doing

-keep writing

-meeting with SV

-present at conference

-own milestone COMPLETING

milestone dalam third year pula

-draw up a plan to cut writing up into manageable pieces

-compeltion of chapters or sections -first complete draft

-submit -viva practice -viva corrections and graduation…

Tips PhD 6 – Fast Reading

Untuk semester ini aku join kelas academic reading pula pengajarnya adalah Dr. cora lindsay antara tips yang aku dah dapat dalam 2 kelas lepas mcm mane nak baca dgn cepat dengan laju bila baca journal paper ke

  1. baca in a big chunk (baca 3 word sebagai satu word). maksudnya instead of baca each word, apa kata imbas 3 ayat seperti baca satu ayat

2. Baca laju bererti memahami context. so masa scanning context dgn laju tuh, jgn malas untuk cuba paham apa maksud paragraph tersebut. otherwise, kene regression pula (maknenye baca balik semula, ini buang masa)

3. Point yang penting biasanya akan diulang lagi and lagi. So tak perlu la bersusah payah nak baca balik sentence sebelumnya (untuk memahami keyword penting itu)

4. If tak paham maksud, cuba paham melalui context, tak perlu nak find the meaning satu persatu. If nak tau jugak, tunggu bile dah habih baca journal tuh

5. Baca laju dgn bantuan pointer (pen, ke pensel ke) kerana dapat mengarah pergerakan mata supaya bergerak laju dan tidak melilau-lilau

6. Good reader (fast reader )biasanya hanya dapat memahami contecxt dalam 80-90% sahaja. Bukan 100%. Maknanya bile jawab soalan, dia takkan betul semua aa. 

*** Good reader (yang dapat skill fast reading nih dapat membaca lebih banyak words berbanding poor reader yang hanya akan menyebabkan rasa penat dan malas nak membaca)  Masa test kelajuan aku membaca, aku dapat 245words per minute (masih dalam kategori good reader )

Tips Phd 5 – resepi PhD

Nih tips daripada Dr Ary UTHM yang berjaya menyiapkan PhD termasuk attend viva dalam tempoh 3 tahun beruntung lah kak ary takyah susah payah nak extend visa dsb

Tips nye 

1. Konsisten – minimum 4 jam sehari (nih imply untuk phases year 1 and year 2)- make sure target a day tercapai walaupun low quality. 

2. Tapi masa phase writing up – memang devoted the whole waktu duduk depan komputer  start keje lepas subuh sampai waktu makan sambung balik sampai kul 8 then rehat tido then tengah malam sambung lagi… memang kene workaholic

3. Dia buat kerje kat rumah – pergi school hanya untuk discussion dsb 4. Finally ‘ Quote drpd ucapannye setelah tiba di Malaysia Kerja keras, kecekalan, semangat, keyakinan, sokongan keluarga,  sahabat2, penyelia & doa  —-> resepi PhD nye

Tips Phd 4 – speed reading

again, thanks to my old blogspot http://aisyahimran.blogspot.com/search/label/phd%20tips

Semalam sungguh gigih ku attend  3 hours course on Speed Reading dapat email invitation sebenarnya anjuran Jubilee graduate centre Ku tetap datang walaupun terpaksa berhati-hati mengayuh basikal almaklumler snow masih turun kene kayuh slow-slow takut bedebuk jatuh beskal kang terseliuh takde sapa nak urut lagi parah kene gi sepital aaargh gi klinik pun ku menyampah inikan pula sepital kan

gambar kenangan balik dari school sebelum snow melanda

ok back to the topic 3 jam course ini modulnya daripada Cambridge university tuh sangat berguna pada mereka (aku le tuh)  yang punyela print-out bertimbun-timbun paper almaklumler free printing kan  memang bersungguh nak baca tapi… TAK TERBACA

adakah anda juga seperti ku? atau aku sorang je berperangai sebegitu rupe ahaks

menurut course itu purata org baca news ke buku ke… speed reading nye adalah dalam 250words per minit if anda nak try, bolehje set masa seminit, then kira berapa patah anda dapat baca dalam tempoh itu tetapi utk pembacaan berkaitan akademik, purata speed reading adalah melebihi 400 words per minit frankly speaking,

masa dalam course itu, masa first-first kene kira rate pembacaan ku words per minit (wpm)  rate level ku adalah dalam 260wpm so kira normal speed reader lah ye tetapi tidak cukup untuk rate level utk akademik paper reader lah ye setelah diajar beberapa teknik untuk improve our reading akhirnya dapat jugak aku mencapai rate 400wpm tuh bagus kan!…….

surprising aku boleh sampai ke tahap 600wpm pun tau caranya adalah meggunakan kombinasi (gabungan kesemua cara tau, bukan satu-satu)

1. PUSH – bayangkan anda perlu membaca satu paper itu untuk mencari jalan keluar, kerana anda terperangkap dalam satu balang kaca, dimana ada air dalam balang itu dan paras air nya increase gradually

2. CHUNK –  instead of baca text by text word by word sepatah demi sepatah mcm kanak-kanak baru belajar, apa kata kita baca 2 words sekali, atau 3 words serentak, atau satu baris serentak (sekali imbas) atau satu sentence serentak.

3.  SHARK (jadi jerung) – sambil baca, bayangkan kita adalah jerung. kerana jerung tidak boleh reverse sebenarnya. sebenarnya tips ini adalah untuk mengelakkan kita ulang balik, baca balik apa yang baru kita baca. kerana ulang baca balik sentence yang baru kita baca tadi lah yang menyebabkan kita slow dalam membaca. (dipanggil skipping back or regression).  walaupun kita dah baca, tetiba kita tak paham, tak perlu ulang semula apa yang kita baca. jika sentence itu tidak memberi kesan kepada keseluruhan paper yang kita baca. maknanya adakah perlu kita membaca sentence itu semula kerana jika tidak baca, kita takkan paham apa yang keseluruhan paper itu cerita?k

4. PACER – menggunakan pointer untuk guide mata yang scan text itu bergerak dgn lebih smooth. pencil, pembaris, kertas boleh digunakan sebagai petunjuk. maknenye sambil baca, pointer itu digunakan sebagai penunjuk arah. 

berdasarkan testing yang ku dah cuba semalam, sebelum nih aku hanya dalam rate 250wpm sahaja bile guna pensel sebagai pacer. tetapi semalam try guna kertas sebagai pacer, ku berjaya menjejak sampai 600wpm.

Fuuh…  caranya adalah ku focus pada central of the sentence. Instead of focus dari left to right, aku focus pada centre and besarkan skop mata baca kira kanan.

bayangkan mcm zoom kamera lah ye. kita zoom out besar sikit masa sedang baca itu.

———————————————————

sebenarnya speed reading nih bukan sekali baca aje  contohnya hari isnin pagi pukul 9 kita dah habih baca satu paper then kita perlu ulang balik 24 hours later

ingat ye bukan sejam, dua jam lepas tapi keesokan hari nya  kerana berdasarkan kajian yang dibuat recall 24 hours later akan menyebabkan individu itu dapat ingat dgn percent yang tinggi dalam fasa membaca yang kedua ini lah kita note taking dan juga critically review paper itu.

————————————————————————-

mereka yang dapat menguasai speed reading ini akan dapat membaca dgn lebih banyak buku/paper berbanding dgn mereka yang slow reader. 

Slow reader walaupun sikit-sikit lama-lama jadi bukit akan tetapi menyebabkan artikel yg kita print-out itu byk tak disentuh kerana PENAT dan TAK SEMPAT hehehe anda rasa mcm mane pula?

persoalan adakah dgn speed reading ini kita akan 100 peratus paham apa yang ditulis, akan dibincangkan dalam entry yang lain  (beserta tips untuk promote comprehension masa speed reading) kerana ku rasa penat le pulak nak sambung..

semoga bermanfaat bukan pada baca journal paper shj tetapi pada baca surat khabar, buku motivasi (ahaks), buku sirah nabi ker…

Phd tips 3 – Free Writing teknik

Again- diambil dari my lovely old blogspot http://aisyahimran.blogspot.com/search/label/phd%20tips

Teknik FREE WRITING utk yang ada simptom procrastinate

Waduh minggu ini ku sungguh rajin  attend 2 course kat graduate schoool ‘Getting going the thesis’ dan ‘Finishing the thesis’ the latter course aku pi saturday… saje je supaya en hubby tak yah gi main badminton..ngeee dah aih,

nak ambil aura ku sepatutnye kene start produce chapter dah since January tapi masih tiada lagi sibuk buat survey, and paper conference ooooh utk siap on-time kene MULTI TASKING

aku kene cari tips utk multi tasking nih ok back to the tajuk ok Free writing nih teknik yang diperkenalkan oleh Peter Elbow professor nih kene buat phd 2 kali tau sbb first phd dia tak dapat siapkan kerana dia hadapi masalah utk menulis sejak dari itu lah kajiannya banyak kepada cara-cara nak menulis Rule free writing

1. kita menulis guna pen, atas notepad ke, bukan on the screen

2. mula-mula set utk tulis dalam 5 minit, then anjakkan ke 10 minit…and maksimum 40 minit

3. digalakkan utk menulis sebegini setiap hari

4. masa menulis tuh, abaikan pasal grammar, structure ayat yang tak cantik lah, reference tiada lah.. abaikan dulu. tulis je apa yang kita nak cerita dalam satu subseksyen tuh. tapi sebelum tuh, kene ada aim ‘oooh utk seksyen nih aku nak cerita pasal ape (sebagai guidance). kalu tidak kang melalut je cerita out of topic, tak gitu? hehehee then bile dah timed out, barulah kita edit balik guna microsoft word all the grammar, struktur ayat, reference siapa, apa yang perlu strength etc. 

so dalam proses writing up, kan kene ada target beberapa words kene siap dalam satu hari (cth 1000 words sehari, utk produce chapter A sebanyak 5000 words contohnye. so kita edit la sehingga capai target 1000 words. 

Free writing nih bagus utk mereka yang suka procrastinate  contohnye oooh kene minum coffee dulu sebelum mula bekerja oooh kene gi library dulu baru boleh buat kerje oooh kene anak-anak dah tido dulu baru leh buat kerje oooh kene check email dulu lah, oooh kene check facebook dulu lah oooh kene masak dulu lah…and mcm2 alasan kan so dgn free writing nih, masalah procrastine boleh diatasi dgn kita set time dsb  and kita push the boundary of kemalasan.. hahaha

free writing nih juga membantu emerge idea yang ada dalam otak kita nih sbb sambil tulis, sambil berfikir apa yang ada, apa yang perlu ada dsb. oook. harap membantu.

UTM Open Day