Equality Vs Equity

Dalam konteks sistem masyarakat, “Equality” dan “Equity” merujuk kepada konsep yang serupa tetapi sedikit berbeza. “Equality” secara amnya merujuk kepada peluang yang sama dan tahap sokongan yang sama untuk semua sistem masyarakat. “Equity” melangkah lebih jauh dan merujuk menawarkan pelbagai tahap sokongan bergantung kepada keperluan untuk mencapai keadilan yang lebih besar.

Gambar diatas menunjukkan perbezaan di antara “Equality” dan “Equity”. Pada imej yang pertama, terdapat tiga orang yang berlainan ketinggian cuba untuk melihat diluar pagar. Untuk menyelesaikan masalah ini, setiap orang diberi sebuah kotak untuk membantu mereka untuk melihat diluar pagar. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak membantu orang yang rendah untuk melihat diluar pagar. Maka untuk hal ini, pemberian kotak perlu saksama agar membolehkan semua orang dapat melihat diluar pagar bersama-sama seperti didalam imej kedua.

Persoalaannya keadaan yang mana bersesuaian untuk digunapakai dalam sistem masyarakat ? Setiapnya ada kebaikan dan keburukan. Pertimbangan dan kesaksamaan perlu diambil kira dalam memberi sokongan kepada yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *