Virus merupakan kod aturcara komputer yang direka dengan tujuan untuk memasuki komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya. Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya. Dibawah adalah jenis-jenis virus komputer
1. Boot Sector
Virus ini akan menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras pada bahagian rekod boot utama (MBR).
2. Partition Table
Serupa dengan virus boot sector tetapi ia menyerang “partition table” cakeras keras dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru, serta menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus.
3. File Virus
Virus ini biasa didapati pada fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan menghalang fail asal daripada berfungsi.
4. Multipartite Virus
Mempunya ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail akan tetapi memerlukan pengkodan yang kompleks dan mampu melakukan kerosakan yang teruk.
5. Macro Virus
Virus ini menyerang fail yang menggunakan aplikasi Word, Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Boleh melakukan arahan dalam sebuah fail setiap kali sesuatu kombinasi kekunci ditekan.
6. Trojan Horse
Virus ini menggandakan dirinya dan mampu menghasilkan kerosakan yang besar.
7. Worms
Sama seperti virus trojan horse, ia menggandakan dirinya dengan cepat. Penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras