Sepertimana lazim setiap awal tahun Naib Canselor UTM akan memberikan amanat tahunannya. Perjumpaan ini merupakan suatu majlis yang amat ditunggu-tunggu oleh warga UTM. Datuk NC akan berkongsi rumusan kejayaan tahun lepas, halatuju dan harapan tahun baharu.
Slaid yang disampaikan kemudiannya telah dikongsikan kepada semua rakyat UTM melalui emel. Ia merupakan salah satu bahan rujukan kepada kami terutama para pegawai untuk menjalankan tugas dan menetapkan sasaran.
Sebagai pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (PPP), perkara yang menjadi fokus utama saban tahun sudah tentulah penyampaian perkhidmatan berprestasi tinggi. Pada tahun ini, Datuk NC memberikan frasa baharu terhadap tugas itu, ia dinamakan penyampaian berkualiti tinggi. Ini sudah pasti memberikan makna yang lebih lebar dari sebelumnya. Antara elemen kualiti yang harus diambil kira yang termasuk di dalam takrifan kali ini adalah piagam pelanggan, kepuasan pelanggan dan pemegang taruh, governan, alat-alat pengukuran serta kepimpinan.
Tanda pagar yang digunakan amat menarik, iaitu #Tinggalkan yang biasa Lakukan yang luar biasa. Selamat menyambut ulangtahun penubuhan UTM yang ke 50 Tahun. Kerana Tuhan Untuk Manusia.