TAKLIMAT KETUA ZON EKSA

Taklimat Ketua Zon EKSA Pej. TNCPI UTM KL telah diadakan pada 9 Januari 2020. Inisiatif ini adalah salah satu usaha berterusan pihak JK Induk EKSA TNCPI yang dipengerusikan oleh saya untuk memastikan bahawa pemahaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh ahli EKSA adalah berada di tahap yang sama, atau sekurang-kurangnya tidak wujud jurang perbezaan telalu jauh sesama ahli.

Prinsip saya, tidak mudah memulakan sesuatu yang baharu, tetapi langkah pertama walau sekecil mana pun, tetap juga merupakan perkara bersejarah kerana ia menjadi titik mula untuk mencapai matlamat.

Sesi taklimat telah disempurnakan oleh Fasilitator EKSA kami iaitu En. Hasanudin bin Othman, Penolong Pendaftar, Jabatan Pendaftar UTM KL.

 

GOTONG-ROYONG EKSA ZON INFINITY

Pejabat Pentadbiran TNCPI telah dinamakan sebagai Zon Infinity bagi program pelaksanaan EKSA. ZOn Infinity telah menjalankan gotong-royong bagi memulakan EKSA. Prinsip 5S dalam EKSA iaitu Sisih Susun Sapu Seragam & Sentiasa Amal telah mula diterapkan.

MAJLIS PELANCARAN EKSA PEJABAT TNCPI UTM KL

24 Januari 2020

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM Kuala Lumpur telah melancarkan program pelaksanaan EKSA pada 24 Januari 2020. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Pentadbiran Pej. TNCPi KL, PM Ir. Ts. Dr Saiful Amri bin Mazlan.

Pada majlis yang sama sijil pemenang pertandingan logo EKSA juga telah disampaikan dan juga sijil penghargaan kepada semua peserta. Pelaksanaan program EKSA ini adalah selari dengan pembudayaan EKSA yang dilancarkan di Pej. TNCPI UTM JB. Penggunaan logo, visi dan objektif EKSA turut diseragamkan bagi menonjolkan sinergi antara kampus.

 

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Pejabat TNCPI KL akan melaksanakan pembudayaan EKSA mulai tahun 2020. Beberapa aktiviti permulaan EKSA telah pun diadakan pada tahun 2019 seperti gotong royong bilik aktiviti dan juga Kursus Pengenalan EKSA pada 7 Oktober 2019.

pada 6 Januari 2020, mesyuarat pertama bagi JK promosi telah diadakan dan pihak jawatankuasa telah merancang aktiviti promosi awal seperti gotong royong EKSA di Pejabat Pentadbiran, pertandingan mencipta logo EKSA TNCPI, majlis pelancaran EKSA dan cadangan lawatan EKSA ke IKBN Hulu Langat pada Februari 2020.

 

Home