MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UTM DAN INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA (MIROS)

UTM MJIIT telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kerjasama strategik bersama MIROS dengan menandatangani memorandum persefahaman. UTM telah diwakili oleh Naib Canselor UTM.

MOU ini menfokuskan kepada beberapa intipati utama iaitu:

a. Melahirkan bakat holistik dengan membangunkan graduan
berkualiti tinggi, yang mana boleh kita capai dengan
mendedahkan pelajar kepada industri melalui program pendidikan dan penyelidikan, serta penempatan Latihan
Industri di MIROS.

b. Meningkatkan kemahiran dan pemahiran semula yang
berterusan dalam kalangan staf (UTM & MIROS) bagi
mencapai kecemerlangan dalam pendidikan dan
penyelidikan. Inisiatif ini boleh dilaksanakan bersama melalui
program pendidikan dan penyelidikan, serta penempatan
Latihan Iktisas staf di MIROS, dan sebaliknya.


c. Memperkasa kebolehupayaan dan keutuhan penyelidikan &
pembangunan serta komersialisasi & inovasi bagi menerajui
ilmu pengetahuan dan penyelidikan terbaharu, terutamanya
berkaitan dengan keselamatan jalan raya.


d. Melaksanakan hubungan strategik dengan MIROS bagi
menghubungkan UTM dengan rakan industri-kerajaan-
komuniti dalam negara dan juga ASEAN terutamanya
berkaitan dengan keselamatan jalan raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *