Jumaat – 2 Julai 2021, atas keprihatinan dan nilai kemanusiaan serta sesuai dengan tagline – mendidik dan menginsan – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Universiti Teknologi Malaysia telah melancarkan satu kutipan sumbangan ikhlas di kalangan staf fakulti bagi mengumpul kewangan untuk menyumbang barangan keperluan asas kepada komuniti Pusat Kawalan Pesakit Covid 19 di Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor.

Melalui sumbangan yang dikumpul beberapa barangan keperluan mereka yang berada PKPC tersebut telah disumbangkan oleh pihak FSSH seperti biskut, maggie cup, kopi @ Nescafe 3 in 1, Milo 3 in 1, baju sweaster dewasa dan kanak-kanak, stokin dan sabun pencuci tangan. Sumbangan CSR – FSSH ini telah disampaikan oleh Y.Berusaha Prof Madya Dr Mohd Fauzi bin Abu@Husin, selaku Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan), mewakili warga FSSH kepada En Khairulnizam bin Mahamad, Selaku Pegawai Penyelaras Ihsan Johor yang bertanggungjawab menyelaras pelbagai sumbangan kepada komuniti pesakit dan juga frontliner (petugas hadapan) di PKPC, Pasir Gudang tersebut.

Bagi pihak FSSH, PM Dr Mohd Fauzi melahirkan keprihatinan dari seluruh warga FSSH terhadap kesulitan dan kepayahan yang dihadapi oleh komuniti pesakit di PKPC tersebut bukan saja dari segi fizikal tetapi juga dari segi mental dalam menghadapi pandemik tersebut. Tidak ketinggalan juga penghargaan dari pihak FSSH kepada ssemua frontliner dan juga sukarelawan yang bertugas sepanjang masa demi memastikan pandemik ini dapat diputuskan rantainya. Akhirnya beliau menyampaikan juga doa dari seluruh warga FSSH agar semua pesakit yang ada di situ segera diberikan kesembuhan dari pandemik ini dan kita semua mesti menang!

Di pihak Ihsan Johor, En Khairulnizam bin Mahamad, telah mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan oleh pihak warga FSSH. Sesungguhnya sumbangan seperti ini sangat-sangat diharapkan bagi memberikan isyarat kepada semua mereka komuniti di PKPC ini bahawa mereka senantiasa diingati oleh masyarakat sekitar ketika mereka menghadapi dugaan pandemik tersebut. Ketika ini sekitar 500 orang berada di PKPC, Pasir Gudang ini dengan 80 orang daripadanya adalah kaum Wanita.

Dengan slogan mendidik dan menginsan, diharapkan  dengan sumbangan kecil dari warga FSSH ini dapat mengembirakan komuniti yang berada di situ. Dan diharapkan pada masa mendatang lebih ramai lagi pihak NGO, Swasta dan orang perseorangan yang sedia memghulurkan bantuan sedemikian bagi memberikan kekuatan fizikal dan mental mereka meghadapi dugaan ini. Kita Mesti Menang !

Disediakan oleh :

Khairull Azmi Bin Ishak

Timabalan pendaftar

FSSH