30 September 2021, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Bakat @ ‘talent’ adalah merupakan elemen penting bagi menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Bagi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), bakat yang memastikan kejayaan organisasi ini bukan saja dari kalangan staf akademik semata-mata , malahan juga kepada bakat dari kalangan staf Professional, Pelaksana dan Pentadbiran (PPP). Justeru itu, buat julung-julung kalinya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), FSSH telah mengajurkan satu program khusus bagi menraikan dan menghargai bakat staf PPP mereka melalui pengajuran FSSHeart Talent Convention 2021 (FTC2021) sepanjang bulan September yang lepas. Malahan pihak pengurusan FSSH juga telah bersetuju untuk menjadikan bulan September pada setiap tahun sebagai bulan meraikan staf PPP FSSH. Kesemua perancangan FTC2021 ini telah diatur dengan teliti selaras dengan FSSH Inclusive Talent Plan (F.I.T) khusus untuk staf PPP FSSH yang telah digubal pada tahun awal 2020.

Bermula dengan majlis peramsian oleh Y.Bhg Pendaftar UTM, Tuan Abdul Razib bin Shahuddin pada 12 Sept 2021, pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dianjurkan oleh pihak pengajur FTC2021 yang terbuka bukan saja kepada staf PPP FSSH saja tetapi terbuka kepada staf PPP seluruh UTM. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah seperti Bicara Pentadbir 1 dan II, Program HPD-ISESS FSSH, Sesi Edisi Khas Program Kerohanian FSSH, Program Perkongsian Staf PPP FSSH, dan Program Santai Ilmu Staf PPP FSSH. Istimewanya program-program edisi khas ini ialah FTC2021, menampilkan kesemuanya panel dari kalangan staf akademik FSSH yang pernah sebelum ini menjadi staf PPP UTM sebelum berjaya sehingga ke peringkat sekarang ini. Tujuannya ialah bagi memberikan semangat dan motivasi kepada semua staf PPP FSSH dan UTM, untuk senantiasa bersedia meningkatkan ilmu dan kerjaya masing-masing kerana tiada yang terlewat untuk berjaya dalam segala lapangan yang diceburi. Semoga tujuan dan objektif yang dirancang ini berjaya disampaikan kepada staf PPP semua.

Selain itu juga, bagi tujuan menguji bakat dan ilmu pengetahuan staf PPP semua, terdapat enam (6) peraduan dan pertandingan yang telah dianjurkan oleh enam (6) cabang FSSHeart iaitu FSSH Talent – Hunt Your Talent, Oh mY English – ISESS HEART: Express Your Self, FSSH Mind – Cabaran Penyuntingan dan Fotografi Kreatif, FSSH Well Being – Mental Health Awareness Poster Competition, FSSHealth – 1 minute Malaysia Day Jump Rope Challenge dan FSSH Spritual – Perujian Tilawah AL-Quran. Kesemua pertandingan dan peraduan ini telah mendapat penyertaan yang amat menggalakan dari kesemua staf PPP UTM keseluruhannya.

Kemuncak kepada FTC2021 ini ialah pencalonan dan pengumuman pemenang bagi empat (4) anugerah utama kepada staf PPP FSSH yang telah menonjolkan, mengasah dan mengembangkan bakat masing-masing. Empat (4) anugerah tersebut ialah Anugerah Pembaca Berita Linenews@humanities FSSH Terbaik, Anugerah Moderator FSSH Terbaik, Anugerah Perkongsian Ilmu FSSH Terbaik dan Anugerah Panel Santai Ilmu FSSH Terbaik. Kesemua pemenang peraduan dan pertandingan serta anugerah khas peringkat FSSH ini telah diumumkan secara rasminya di majlis penutupan FTC2021 pada 30hb September 2021 yang telah dirasmikan penutupannya Y.Bhg Profesor Dr Zaidatun Tasir, Dekan FSSH.

Semoga dengan pelbagai program, anugerah berserta peraduan dan pertandingan yang telah dianjurkan ini, FSSH mengharapkan semua staf PPP FSSH akan terus berkeyakinan untuk menyumbang kepada fakulti melalui pengasahan dan pengembangan bakat masing-masing di pelbagai platform yang telah disediakan oleh pihak pengurusan FSSH. Selain dengan itu juga, adalah diharapkan dengan pelbagai penghargaan ini motivasi dan semangat staf PPP akan lebih meningkat dan seterusnya meningkatkan prestasi kerja dan tugasan masing-masing pada tahun-tahun mendatang.

Disediakan :

Khairull Azmi Bin Ishak

Timbalan Pendaftar FSSH

Merangkap Pengerusi FSSHeart Talent Convention 2021 (FTC2021)