Menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 dengan tajuk : REBOOT

Menjadi keutamaan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan untuk terus membangun dan mengembangkan bakat dan potensi staf khususnya staf PPP bagi memastikan tulang belakang fakulti ini akan terus bersemangat dan berfokus menjayakan misi dan visi fakulti. Bersesuaian dengan matlamat terus menginstitusikan elemen ISES di kalangan staf fakulti, bengkel pemantapan yang julung kali diadakan secara outdoor ini menjadikan elemen Integriti sebagai tema bagi siri yang pertama ini bagi tahun 2023.

Seramai 91 orang staf PPP FSSH telah menghadirkan diri seawal jam 8 pagi di lokasi program iaitu di Hutan Rekreasi UTM pada 17 Jan 2023 yang lalu. Program yang juga bermatlamat memupuk semangat kekeluargaan dalam menjayakan #KeluargaFSSHsejahtera telah dimulakan dengan senamrobik yang telah juga dikendalikan oleh staf PPP FSSH sendiri iaitu Pn Irwanti Johan. Seusai tamat aktiviti tersebut, semua peserta diberikan sarapan sebelum sesi selanjutnya dijalankan.

Program seterusnya dimulakan dengan tazkirah dari Y.Bhg Dekan FSSH iaitu Prof Dr Arieff Salleh bin Rosman dengan tajuk Memperkasa Daya Tahan Rohani (Spiritual Resilience). Di dalam tazkirah tersebut Ybhg Dekan telah berkongsi konsep penghayatan yang sewajarkan menjadi fokus dan panduan staf FSSH iaitu 7 komponen berikut :

1. Menghayati matlamat & tujuan hidup
2. Memiliki keanjalan (Flexibility) minda & emosi
3. Menghayati solat ke arah kesedaran jiwa
4. Mencontohi Rasullah Ulul Azmi
5. Mempunyai sokongan sosial yang seimbang
6. Mempunyai sikap optimistik
7. Meningkatkan kualiti rohani

Dekan FSSH : Prof Dr Arieff Salleh bin Rosman menyampaikan tazkirah

Fokus seterusnya ialah sesi perkongsian dari Timbalan Pendaftar FSSH, En Khairull Azmi bin Ishak, dengan tema & konsep “REBOOT”. Di dalam sesi perjumpaan awal tahun bersama staf PPP FSSH yang telah menjadi agenda penting beliau sepanjang berkhidmat di FSSH – beliau telah membawa semua staf PPP FSSH untuk ‘reboot’ atau ‘reset’ diri dan minda dan menjawap apa yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022 terhadap tugas & tanggunjawab yang telah diamanah di bawah skop jawatan masing-masing. Diperjelaskan konsep Amanah dan Keberkatan rezeki yang dibawa pulang untuk diberi makan dan minum seterusnya menjadi darah daging kepada ibubapa, isteri dan anak-anak.

Program pemantapan tahun 2023 kali ini juga, Timbalan Pendaftar FSSH telah memberikan peluang dan kesempatan kepada semua staf PPP FSSH untuk memberikan komen dan maklumbalas secara terbuka melalui kotak-kotak yang disediakan untuk penambahbaikan. Tiga kotak yang disediakan ialah pertama mengenai fakulti secara keseluruhannya (pengurusan, kemudahan dan fasiliti serta apa saja berkaitan fakulti), kedua mengenai Program-program yang dilaksana oleh fakulti sepanjang tahun 2022 kepada staf PPP dan kotak ketiga mengenai diri beliau sendiri (komen & penambahbaikkan terhadap beliau sepanjang menjadi Timbalan Pendaftar di FSSH).

Program bengkel pemantapan ini, diakhiri dengan sesi makan tengahari semua peserta dengan dekan bagi merapatkan hubungan silaturahim antara beliau dengan semua staf PPP FSSH termasuk staf dari Kuala Lumpur.

Secara keseluruhannya bengkel pemantapan staf PPP FSSH yang bertemkan Integriti ini berjaya dilaksanakan dengan baik dan telah mencapai objektif sebagaimana yang dirancang. Pemupukan semangat Kerjasama, persaudaraan, kesediaan untuk terus cemerlang, penghayatan kepada konsep Keluarga FSSH sejahatera dan juga pemahaman terhadap konsep kerja – Kerana Tuhan Untuk Manusia.

Sesi bergambar semua staf PPP FSSH bersama Dekan FSSH
Aktiviti senamrobik di awal program
Bergambar dengan Dekan FSSH sebelum majlis bermula
Sebahagian staf PPP FSSH yang hadir
Sebahagian staf PPP FSSH yang hadir