STORY DI INSTAGRAM RASMI SUPARIMAU 2023

Tanggal 10 Feb 2023, Kelab Southern Junior FC yang telah saya tubuhkan bersama rakan-rakan – Hakimi, Nora, Nizam & Ella – sejak 2014 telah mencatat satu sejarah baru. Sesi latihan Kelab pada hari ini berjalan seperti biasa dan Kami telah dikunjungi tetamu istimewa Mr Will Kucia dan pihak media Suparimau 2023.

Secara rasmi pihak Suparimau telah melawat lokasi latihan SJFC – This Is SJFC Home – sebagai salah satu siri lawatan mereka ke kelab-kelab yang menyertai Liga Suparimau ini. SJFC telah menyertai liga ini sejak 2022 secara konsisten untuk 3 siri.

Sese lawatan ini sesungguhnya sesuatu yang menarik bila ianya telah dimasukan dalam story Instagram dan FB rasmi mereka dan video penuh telah dikeluarkan untuk tatapan seantero dunia……

Terima kasih kepada pihak Mr Will dan team media beliau.