My Great Team staf PPP FSSH

Sempena meraikan sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi tahun 2023 bersama 1444H, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan telah mengajurkan satu program yang diberikan nama : Korban dan Berkat FSSH 2023 sebagai satu manifestasi nilai ISES UTM dalam sambutan perayaan yang sinomin dengan konsep pengorbanan dalam islam.

Mengambil iktibar konsep pengorbanan berkenaan dengan niat menyampaikan hasrat & hajat peserta program yang menyertai ibadah korban pada tahun ini untuk berkorban dan menjamu daging korban berkenaan kepada pelajar dan staf UTM, pihak urusetia telah berusaha menjayakan program ini dengan sebaiknya melalui pendekatan sinergi (kerjasama) dari kalangan staf FSSH, pelajar dan juga beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ) di dalam UTM itu sendiri seperti Masjis Sultan Ismail dan Pihak Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).

Berpegang pada nilai kecemerlangan dan integriti pihak urusetia telah menyempurnakan hajat para peserta dengan sebaik mungkin dan dengan penuh amanah. Bermula dengan mengadakan kunjungan ke ladang ternakan lembu di Pontian, dua (2) ekor lembu yang sempurna untuk amalan korban telah dikenalpasti dan dibuat tempahan. Menjadi orang pengantaraan kepada niat berkorban para peserta kesemua duit bagi pembelian lembu-lembu tersebut telah diselesaikan dengan sempurna

Program Korban & Berkat ini bermula pada awal pagi apabila menerima kedua2 lembu korban tersebut dengan program gotong royong melapah daging berkenaan. Berdasarkan wakalah program korban yang dipersetujui bersama setiap peserta akan menerima dua (2) kilo dari daging tersebut dan bakinya 1/3 diberikan kepada mereka yang layak dan untuk majlis makan kenduri di sebelah petangnya. Seramai 15 orang staf yang layak telah diberikan sedekah daging korban tersebut. Gotong royong melapah daging ini telah disertai seramai 30 orang staf fakulti dan 20 orang pelajar fakulti yang berada di dalam kampus.

Disebelah petang selepas sesi gotong royong memasak nasi beriani, daging beriani dan sup tulang, sesi kenduri makan berdulang telah dimulakan. Semua pelajar dan staf UTM telah dijemput untuk hadir bersama-sama meraikan majlis jamuan dulang perdana ini di sekitar lokasi program iaitu di Outbound FSSH. Jamuan yang disediakan adalah lebih kurang untuk 1200 orang yang kesemuanya diagihkan dan disaji hanya di lokasi program. Melalui kerjasama dari pihak MSI, FSSH telah menyediakan 300 dulang bagi penyajian makanan kepada mereka yang hadir.

Program yang tamat lebih kurang pada jam 5 petang telah disempurnakan dengan menimbus kesemua baki-baki bahagian lembu yang disembelih dan juga tulang-tulangnya dengan bantuan dari pihak Bahagian Pengurusan Aset, JTNCP. Ini bagi menjaga kesempurnaan ibadah korban dan juga kebersihan lokasi program.

Adalah menjadi harapan pihak FSSH untuk menjayakan programyang julung-julung kalinya di adalah oleh sebuah PTJ di UTM untuk pada tahun hadapan jumlah binatang korban akan dapat ditambah lebih banyak lagi. Berpegang pada prinsip Integriti, sinergi, kecemelangan dan sustanability ini, Program Korban & Berkat FSSH 2023 ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Melalui konsep FSSH Keluarga Sejahtera dan Tagline Mendidik dan Menginsan – penglibatan para pelajar dalam program ini diharapkan sedikit sebanyak menjadikan program ini contoh terbaik konsep ISES ini diimplimentasikan diperingkat FSSH. Didoakan semoga ibadah korban para peserta untuk kali ini diterima oleh Allah S.W.T.