Program coordinator (2018-present)

  • COMPLIANCE AUDIT – 8 DEC 2022
Q&A WITH STUDENTS
EXIT MEETING

Bidang 1: Pembangunan dan Penyampaian Program

Kekuatan:

“Secara keseluruhan program ini telah dibangunkan dan disampaikan dengan baik. Semua misi dan visi jelas untuk program ini. PEO dan PLO dalam semakan yang terkini seperti yang telah dijadualkan. Program ini telah melahirkan graduan pertama pada 2017 dan diberikan akreditasi penuh pada masa tersebut”- Panel Penilai

Bidang 2:  Pentaksiran Pembelajaran Pelajar

Kekuatan:

“Pentaksiran Pembelajaran Pelajar untuk program ini dilaksanakan secara modular dan berbeza sedikit dengan cara konvosional. Pentaksiran terhadap pembelajaran pelajar telah dilaksana dengan baik dan tersusun serta terjamin kualitinya dan kerahsiaannya. Staf akademik berperanan penting untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta pentaksiran yang tepat dan betul dapat dilaksanakan untuk program ini”-Panel Penilai

Bidang 3: Pemilihan dan Khidmat Sokongan Pelajar

Kekuatan:

“MPS mempunyai dasar-dasar pemilihan pelajar dengan jelas dan tersusun. Khidmat sokongan kepada pelajar juga diberikan dengan baik serta disemak secara berkala “- Panel Penilai

Bidang 4: Staf Akademik

Kekuatan:

“Secara umumnya staf akademik untuk program MPS adalah staf yang komited serta berkemampuan untuk menyampaikan proses pembelajaran dan pengajaran dengan amat baik. Staf-staf akademik menyertai aktiviti akademik secara seperti penyelidikan, pengajaran, khidmat perundingan dan pentadbiran. Pelajar dan graduan amat teruja dan memberikan komen-komen posited  kepada semua staf akademik yany terlibat dengan program ini”- Panel Penilai

Bidang 5: Sumber Pendidikan

Kekuatan:

“Program ini mempunyai sumber sumber Pendidikan yang baik dan tersusun dengan sokongan semua pihak dalam IPT ini. Sumber ini digunakan secara yang optima serta terjamin kelestariannya. Kemudahan fizikal untuk pelajar adalah yang terkini dan memenuhi keperluan pelajar”- panel penilai

Bidang 6: Pengurusan Program

Kekuatan:

“Kekuatan program ini adalah ianya mempunyai program coordinator yang baik dan berpengalaman serta berdaya usaha yang tinggi. Perkara ini diusahakan oleh pihak fakulti yang sangat menyokong buat dengan segala usaha dan inisatif yang baik serta berinovatif dalam usaha menjamin kelestarian program ini. Dengan adanya kemudahan google drive, semua maklumat dapat disimpan dan dimanipulasi bagi memudahkan pengurusan program ini. Dengan Kerjasama semua pensyarah yang amat komited bagi program ini, dapat jelas kelihatan bahwa program ini diurus dengan sistematik dan tersusun baik”- Panel penilai

Bidang 7: Pemantauan, Semakan dan Penambahbaikan Berterusan Program

Kekuatan:

“Program ini mempunyai sistem jaminan kualiti yang baik dan boleh dibanggakan”- Panel penilai