Source: Program Penanaman Buluh & Bengkel Rekabentuk & Pembinaan Buluh | Photos
Seminar Rekabentuk dan Pembinaan Buluh
Seminar akan dimulakan dengan pengenalan rekabentuk dan pembinaan buluh kepada mahasiswa dan para penyelidik yang hadir. Penceramah akan berkongsi pengalaman melalui pengenalpastian spesis buluh di Malaysia, projek-projek rekabentuk buluh sebagai tanaman landskap dan cara-cara pembinaan landskap kejur dengan menggunakan buluh dengan lebih lestari serta fungsi landskap yang berkepelbagaian. Penceramah akan menjelaskan cara-cara penyelenggaraan landskap taman buluh.
Seminar Kos dan Spesifikasi Pengunaan Buluh Dalam Rekabentuk Dan Pembinaan
Lanjutan seminar menerangkan pengiraan kos dan penyediaan spesifikasi landskap buluh untuk pengurusan kos bagi sebut harga projek landskap.
Bengkel Teknik Pemasangan Tanggam Buluh
Untuk slot bengkel ini, penceramah dan fasilitator akan berkongsi pengalaman pembinaan perabot dan teknik-teknik pemasangan tanggam buluh. Para peserta akan didedahkan dengan aspek pemasangan tanggam buluh dan kerangka buluh mengikut cara yang lebih tepat dan menarik.
Daripada keseluruhan seminar dan bengkel ini diharapkan dapat memberi pendedahan ilmu baru dalam bidang senibina landskap dan senibina yang lebih mampan. Oleh itu, perkongsian ilmu untuk ini amat penting bagi mendedahkan inovasi penggunaan buluh dan menarik minat peserta untuk mengenal dan memahami cara menanam buluh, memelihara buluh, penyelengaraan dan penggunaan buluh.
Speak Your Mind