SIRI MELENTUR BULUH II – PROGRAM MENANAM BULUH (20 Julai 2019)

Tujuan menganjurkan bengkel menanam buluh bertema: “Siri Melentur Buluh II‟ amat penting untuk penanaman buluh di tapak kajian, pengurusan dan penjagaan buluh. Oleh itu, melalui bengkel ini, perkongsian ilmu daripada Akitek Landskap untuk perkongsian pengetahuan kepada para penyelidik dan juga mahasiswa di kampus UTM mengenali teknik menanam buluh yang bersesuaian dengan rekabentuk taman buluh (Bamboo Avenue). Program ini adalah lanjutan dari seminar dan program Siri Melenur Buluh iaitu mengenali rekabentuk dan pembinaan menggunakan buluh pada 11 & 12 Mac 2019. Bengkel menanam buluh akan diketuai oleh Akitek Landskap LAr. Mohd Za‟i Bin Kandar, iaitu pengarah Tropics Design bersama para penyelidik dan mahasiswa UTM. Pendekatan program ini penting melalui taman buluh yang membentuk platform kepada kelestarian kampus dan komuniti UTM khasnya.

Objektif Bengkel menanam Buluh dengan tema „Siri Melentur Buluh II” ini ialah untuk:
i. Mendedahkan para penyelidik dan mahasiswa kepada teknik menamam buluh.
ii. Mengalakkan perkembangan minat para penyelidik dan mahasiswa untuk rekabentuk landskap buluh.
iii. Meningkatkan kesedaran kepentingan penggunaan buluh, pengurusan dan penyelenggaran buluh secara mampan.

 

   

 

 

 

Speak Your Mind

*