Archives for April 2020

Jurnal tempatan terindeks dalam Scopus

Pembelajaran atas talian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Pada 20 April 2020 (Isnin) saya mengadakan kelas UHAK 1012 (Atribut Kejayaan Graduan) secara atas talian. Berdasarkan survey yang dibuat didapati separuh dari pelajar dalam kelas saya (50%) mempunyai capaian internet yang sederhana sahaja. Seterusnya berdasarkan survey 60% pelajar menggunakan data hotspot dari telefon untuk online. Pelajar juga menghadapi masalah untuk membeli data.

  

 

2 minggu sebelum itu iaitu pada 6 April dan 13 April saya menggunakan Zoom untuk sesi pembentangan pelajar. Namun terdapat sebahagian pelajar tidak dapat online dan seorang pelajar menyatakan yang beliau terkeluar berkali-kali akibat ketiadaan capaian internet dan internet yang kurang stabil. Justeru, saya mengambil keputusan untuk mengadakan pembelajaran atas talian seterusnya dengan menggunakan Whatsapp.

Hampir 80% pelajar berada di rumah ibu bapa sewaktu PKP dan sebahagian kecil sahaja yang  berada di UTM. Berdasarkan survey mendapati, kebanyakan pelajar menggunakan telefon sebagai alat untuk pembelajaran atas talian.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sewaktu pembelajaran atas online. Saya menggunakan padlet dan edpuzzle untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Rata-rata pelajar sangat berpuas hati dengan pembelajaran atas talian yang dijalankan. Pelajar juga diminta untuk menuliskan refleksi mereka di dalam padlet yang disediakan.

https://padlet.com/marlina_ali/za72zavgoglb

 

 

 

 

 

Video pembelajaran yang sesuai untuk anak-anak sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Waktu PKP ni sebagai parent selain nota-nota yang diberi oleh cikgu-cikgu diorang melalui google classroom, saya juga mencari bahan-bahan lain seperti video-video pembelajaran. Yelah nota, buku-buku teks dan buku rujukan tu kan statik je. Bukan senang diorang nak hadam kan? Jadi saya pun carilah video-video yang ada penerangan bergambar supaya diorang lebih seronok belajar. Sebenarnya ada banyak video-video berkaitan yang boleh kita share kepada anak-anak ni. Berikut adalah antara link-link yang saya rasa boleh membantu pembelajaran anak-anak ketika PKP ni.

Learning Port Interactive – Online Learning Resource for SPM, PT3, UPSR and Lower Primary. Semua subjek ada, dari Upsr sampai SPM. Saya tengok video-video yang free je. Tak subscribe pun.
https://www.youtube.com/channel/UCpE5mMGKYGpdBakduPgXs0A

Fizik-Boleh tengok youtube Cikgu Afifi. Dia ni students UTM dulu (Done claim haha)
https://www.youtube.com/channel/UCBFMAwF0JuIG8MNYlTkCXzQ

Untuk Sains (sekolah menengah) boleh refer Cikgu Hailmi https://www.youtube.com/user/miecaprio/videos

Untuk Matematik (sekolah menengah) saya suka share video Sir Uzairi. Tp dia lebih byk share kat instagram. Dia macam takde buat youtube.

Iqra pun ada
https://www.youtube.com/user/aminazli/videos

Selain itu, siaran tv pendidikan pun ada. Ianya akan bermula 6hb April (esok).
MyFreeView 110
Astro 146
Unifi TV 110

#stayathome

#covid-19

#RMOday19

Feeding the needy program

Pada 11 Disember 2019, program ‘Feeding The Needy telah dijalankan di Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim UTM Skudai. Seramai 34 orang pelajar tahun 1 UTM yang sedang mengikuti kursus Attribut Kejayaan Graduan (UHMT 1012) untuk menjayakan program tersebut. Pengarah program ini ialah Kajendhiran A/L Rajendren.

Sebanyak 100 pek makanan disediakan kepada pelajar di  AHIBS. Menunya ialah nasi ayam, roti, buah dan air mineral.