Alhamdulillah telah selesai 8 siri bengkel Mobile Asset Mapping bersama dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB). Non-disclosure agreement (NDA) telah ditandatangani di antara pihak FABU dan TNB, ini akan disusuli oleh Memorandum of Understanding (MOU) di antara UTM dan TNB.
- Panduan penubuhan unit Asset Mapping di TNB (1. Tenaga kerja, 2. Hardware, 3. Software, 4. Kemahiran pengumpulan data, 5. Kemahiran pemprosesan data, 6. Kemahiran verifikasi data)
- Memberi khidmat nasihat dan latihan dalam kaedah cerapan data mobile LiDAR dan imej/foto (1. Project planning, 2. Quality assurance, 3. Data observation (LiDAR dan GCP), 4. Quality Control)
- Memberi khidmat nasihat dan latihan dalam kaedah pemprosesan dan pengestrakan maklumat aset dari data mobile LiDAR, GCP dan orthophoto menggunakan kaedah amalan terbaik
- Memberi khidmat nasihat dan latihan dalam kaedah penyimpanan data geospatial menggunakan kaedah amalan terbaik (1. Data format dan conversion, 2. Pembinaan pangkalan data, 3. Penyimpanan data (cloud), 4. Pengurusan data)
- Memberi khidmat nasihat dan latihan dalam kaedah pemeriksaan kualiti (QA dan QC) data mobile LiDAR, imej/foto dan aset
- Memberi khidmat nasihat dan latihan Kaedah kebolehgunaan data LiDAR dan imej/foto yang dicerap oleh pihak pembekal bagi cerapan maklumat LV asset, LV network dan LV pelanggan
- Memberi khidmat nasihat dan latihan dalam penentuan spesifikasi dan jenis data terbaik yang perlu dibekalkan oleh pihak pembekal bagi projek pemetaan asset TNB
- Memberi khidmat nasihat dan latihan bagi pontensi kegunaan data yang dicerap menggunakan teknologi geospatial bagi kegunaan lain di TNB