Bengkel Mobile Asset Mapping untuk TNB

Alhamdulillah telah selesai 8 siri bengkel Mobile Asset Mapping bersama dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB). Non-disclosure agreement (NDA) telah ditandatangani di antara pihak FABU dan TNB, ini akan disusuli oleh Memorandum of Understanding (MOU) di antara UTM dan TNB.

  1. Panduan penubuhan unit Asset Mapping di TNB (1. Tenaga kerja, 2. Hardware, 3. Software, 4. Kemahiran pengumpulan data, 5. Kemahiran pemprosesan data, 6. Kemahiran verifikasi data)
  2. Memberi khidmat nasihat dan latihan dalam kaedah cerapan data mobile LiDAR dan imej/foto (1. Project planning, 2. Quality assurance, 3. Data observation (LiDAR dan GCP), 4. Quality Control)
  3. Memberi khidmat nasihat dan latihan dalam kaedah pemprosesan dan pengestrakan maklumat aset dari data mobile LiDAR, GCP dan orthophoto menggunakan kaedah amalan terbaik
  4. Memberi khidmat nasihat dan latihan dalam kaedah penyimpanan data geospatial menggunakan kaedah amalan terbaik (1. Data format dan conversion, 2. Pembinaan pangkalan data, 3. Penyimpanan data (cloud), 4. Pengurusan data)
  5. Memberi khidmat nasihat dan latihan dalam kaedah pemeriksaan kualiti (QA dan QC) data mobile LiDAR, imej/foto dan aset
  6. Memberi khidmat nasihat dan latihan Kaedah kebolehgunaan data LiDAR dan imej/foto yang dicerap oleh pihak pembekal bagi cerapan maklumat LV asset, LV network dan LV pelanggan
  7. Memberi khidmat nasihat dan latihan dalam penentuan spesifikasi dan jenis data terbaik yang perlu dibekalkan oleh pihak pembekal bagi projek pemetaan asset TNB
  8. Memberi khidmat nasihat dan latihan bagi pontensi kegunaan data yang dicerap menggunakan teknologi geospatial bagi kegunaan lain di TNB

Speak Your Mind

*