Pameran Sinergi Perpustakaan UTM & KFS UTM 2020

Lensa DNA UTM merupakan wadah menginterpretasi jati diri DNA staf UTM melalui hasil seni fotografi. Menerusi pameran ini, ahli KFS berkongsi sudut pandang lensa mereka untuk sama-sama dihayati oleh seluruh warga kampus. Bertempat di Ruang Legar Pameran 1 Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, pameran ini yang dirasmikan oleh YBhg Datuk Naib Canselor pada 16 Januari 2017 akan berlangsung selama tiga bulan sebelum berakhir pada 16 April 2017.

Menghimpunkan hampir 200 keping gambar foto pelbagai genre hasil bidikan kreatif 17 ahlinya, antara yang turut dipamer adalah koleksi peribadi 7 orang pensyarah bergelar Doktor dan Professor di UTM yang turut mengganggotai kelab ini. Semoga kunjungan ke pameran ini bakal meninggalkan memori manis kepada semua pengunjung.