Hello! Saya Dr. Fadzil

Pensyarah Kanan & Penyelidik @UTM
Download cv (bm)DOWNLOAD CV (EN)

PENERBITAN

WEB oF SCIENCE

SCOPUS

NON - INDEX

PROSIDING

Perlukan bimbingan dunia pascasiswazah? Saya sedia membantu anda....

Ramai antara kita berimpian untuk menyambung pelajaran ke peringkat pascasiswazah. Namun, rata-rata tidak berani mengorak langkah. 

Risau! ??

Tangani kerisauan anda dengan belajar menerokai dunia pascasiswazah bersama saya. Jom!!! Opps… nanti dulu… bidang penyelidikan yang dapat saya bimbing adalah Teknologi Pendidikan. 

Blog Dr. Fadzil Hanid

Masa depan pendidikan (Education 4.0) akan berubah dengan dinamik selaras dengan Revolusi Perindustrian 4.0 

Pengenalan Web Of Science (WOS) dan kemaskini Jun 2023

  Web of Science (WoS) ialah perkhidmatan pengindeksan petikan saintifik atau Scientific Citation Index (SCI) berasaskan langganan dalam talian yang asalnya dihasilkan oleh Institut Maklumat Saintifik (ISI) pada tahun 1964. Kemudian, ISI telah diperoleh oleh...

Perjalananku sehingga menggengam Ph.D

1. Alhamdulillah, tahun 2022 (SPM 2021) saya ambil keputusan untuk mengambil semula peperiksaan SPM bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, saya bersyukur kerana keputusan yang keluar hari ini saya mendapat B+ (Kepujian Tertinggi).

2. Mungkin ada yang tertanya kenapa nak ambil balik matapelajaran Bahasa Inggeris ini, secara jujurnya selepas keputusan senat UTM yang memperakui gelaran Doktor Falsafah pada Disember 2021. Saya bertanya kepada diri sendiri, “What`s Next?” selepas ini. Saya mula meneliti laluan kerjaya yang saya ada, jika pada masa depan saya ingin memohon jawatan pensyarah universiti (DS51/52), hampir kebanyakan universiti meletakkan syarat subjek bahasa Inggeris semasa SPM adalah Minimum B+ ataupun ujian IELTS (International English Language Testing System) dengan minimum band 6.5 . Keputusan SPM bahasa Inggeris saya sememangnya teruk iaitu D7.

3. Semasa zaman bersekolah menengah saya membuat banyak kesilapan bodoh. Saya bukannya tidak bijak tetapi saya tidak mempunyai tujuan hidup ketika itu dan hanya mengikut arus dan tidak matang. Semasa tingkatan 5 saya di buang asrama dan duduk rumah sewa bersama rakan-rakan sealiran yang lain. Saya langsung tidak belajar untuk ambil peperiksaan SPM. Hasilnya ada subjek dapat 8E, 7D, 5C, 3B. Oleh kerana satu subjek gagal (Kimia) maka tidak dipaparkan dalam sijil ?. Tanpa belajar pun saya masih mendapat 1A bagi subjek Sejarah dan Pendidikan Islam yang membuktikan saya bukannya tidak pandai. Selepas SPM, saya pernah bekerja pergi mengikut orang menjadi nelayan, atendan pam minyak Petronas dan kerja di cyber cafe.

4. Berbalik kepada keputusan saya untuk mengambil peperiksaan bahasa Inggeris SPM, saya terus mencari maklumat untuk berdaftar kerana ketika itu sudah Januari 2022, peperiksaan SPM akan bermula pada Februari 2022. Saya terus mendaftar dan membayar denda lewat sebagai calon persendirian. Dalam tempoh hanya sebulan saya mendapatkan bantuan daripada rakan guru bahasa inggeris untuk mengetahui format peperiksaan bagi bahasa Inggeris format baru CEFR iaitu terdapat 4 penilaian iaitu Reading, Writing, Listening and Speaking. Saya telah menetapkan sasaran yang realisitik dalam tempoh sebulan untuk belajar, saya hanya sasarkan untuk mendapatkan B+ .

5. Saya berterima kasih kepada Cikgu Niwashini Nambiar, Cikgu Booby dan rakan sekerja Pn. Ida Amiza, Yu Kok Hui yang berkongsi tips subjek BI. Selebihnya saya perlu belajar sendiri kerana tempoh terlalu singkat, saya membeli buku rujukan Sasbadi dan Pelangi untuk belajar dan membuat latihan. Dan saya paling mengujakan saya banyak belajar daripada channel youtube “English Made Possible With Teacher EM” (https://www.youtube.com/channel/UCGdNFBQsFRfmJqBGkiz0fDQ). Selayaknya Cikgu Emily telah menerima pengiktirafan Anugerah Khas PDPR , KPM 2021.

6. Selepas selesai peperiksaan ulangan SPM bagi subjek bahasa Inggeris ini, saya mengambil keputusan untuk mengambil ujian IELTS (International English Language Testing System) pada bulan Mac 2022. IELTS merujuk kepada Sistem Penilaian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS). IELTS adalah ujian penguasaan Bahasa Inggeris paling popular di dunia dan menjadi penanda aras kepada tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar di seluruh dunia. Secara ringkas IELTS terbahagi kepada 4 komponen iaitu Reading, Listening, Writing dan Speaking. Format yang sama dengan SPM tahun ini iaitu CEFR Aligned. Alhamdulillah saya lebih bersedia ketika itu dan mendapat keputusan Band 6.5 iaitu sasaran yang realistik ketika itu.

7. Rumusannya, saya ingin memberi kesedaran bahawa setiap orang mempunyai kisah dan jalan kehidupan tersendiri. Jangan berputus asa sekiranya kita gagal kali pertama. Perjalanan belajar saya panjang daripada peringkat Diploma Politeknik (PSMZA), Ijazah Sarjana Muda (UTHM), Master (UTM) sehingga berjaya menggenggam Doktor Falsafah ( UTM). Terus berusaha mengejar impian. Ingat setiap orang akan ada masanya yang tersendiri. Lihat tokoh-tokoh yang berjaya ada yang berjaya pada usia yang lewat ;
(1) Colonel Sander – Buka KFC (62 Tahun)
(2) Lim Goh Tong – Membangunkan Genting Highlands (47 Tahun)
(3) Henry Nestle – Tubuh Syarikat Nestle (57 Tahun)
(4) Gordon Bowker – Pengasas bersama Starbucks (51 Tahun)
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon SPM yang cemerlang. Kalau boleh diputarkan waktu, saya juga ingin cemerlang seperti anda semua pada ketika umur saya seperti anda. ?

Coretan
– Ts. Dr. Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid –

Youtube Channel “Fadzil Hanid”

Hubungi 013-7107705 (FADZIL) @ boleh whatsapp ( http://whatsapp.mohdfadzil.com ) atau di telegram @Fadzil85
*Call/Whataspp/Telegram