Pemikiran Komputasional
Menurut pencetus dan pengasas pemikiran komputasional, Jeannate M Wing, pemikiran ini boleh ditafsirkan sebagai – “membina kuasa dan proses penyelesaian secara pengkomputeran, sama ada dilaksanakan oleh manusia atau mesin”.
Dalam erti kata lain, Pemikiran Komputasional merupakan proses penyelesaian masalah yang memerlukan usaha meleraikan sesuatu masalah kepada komponen yang lebih kecil (Decomposition), cuba merumuskan idea ataupun maklumat yang penting dan relevan (Abstraction), mengecam corak (Pattern Recognition) yang membolehkan perancangan penyelesaian yang tepat bagi mengelakkan ulangan dan tindakan yang kurang releven. Individu perlu menggunakan pemikiran logikal (Logical Reasoning) bagi mengenalpasti maklumat yang penting dan mengaturkan langkah penyelesaian mengikut turutan yang logikal (Algorithm), menilai pemilihan dan keputusan yang telah dilakukan bagi menguji kesahihan dan keboleh laksanaan prosedur tersebut (Evaluation).
Pemikiran Komputasional (CT) merupakan proses penyelesaian masalah yang memerlukan usaha memecahkan sesuatu masalah kepada komponen yang lebih kecil (Decompose), cuba mengekstrak idea ataupun maklumat yang penting dan relevan (Abstraction), mengenali corak (Pattern) yang membolehkan perancangan penyelesaian yang tepat bagi mengelakkan ulangan dan tindakan yang kurang releven supaya meningkatkan keberkesanan proses penyelesaian masalah tersebut. Individu perlu menggunakan pemikiran logikal (Logical Reasoning) bagi mengenalpasti maklumat yang penting dan mengaturkan langkah penyelesaian mengikut turutan yang logikal (Algorithm), menilai pemilihan dan keputusan yang telah dilakukan bagi menguji kesahihan dan keboleh laksanaan prosedur tersebut (Evaluation).
Kenyataan tersebut disokong oleh Csizmadia, A. et al. (2015) yang menyatakan Pemikiran Komputasional merupakan proses penyelesaian masalah yang memerlukan usaha memecahkan sesuatu masalah kepada komponen yang lebih kecil (Decompose), cuba mengekstrak idea ataupun maklumat yang penting dan relevan (Abstraction), mengenali corak (Pattern) yang membolehkan perancangan penyelesaian yang tepat bagi mengelakkan ulangan dan tindakan yang kurang releven supaya meningkatkan keberkesanan proses penyelesaian masalah tersebut. Individu perlu menggunakan pemikiran logikal (Logical Reasoning) bagi mengenalpasti maklumat yang penting dan mengaturkan langkah penyelesaian mengikut turutan yang logikal (Algorithm), menilai pemilihan dan keputusan yang telah dilakukan bagi menguji kesahihan dan keboleh laksanaan prosedur tersebut (Evaluation).
Pemikiran Komputasional merupakan satu set konsep, aplikasi, perkakasan dan kemahiran sains komputer yang membantu manusia memahami tingkah laku manusia, menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian serta mereka bentuk sistem (The National Academic Press, 2010).
Jeannette Wing dari Carnegie Mellon Universtiy merupakan master mind yang memulakan pergerakan memperkenalkan pemikiran computasional pada tahun 2006. (The National Academic Press, 2010).
Menurut Swaid (2015), institusi akademik, dalam usaha untuk menyediakan graduan mereka kepada tenaga kerja berasaskan pengkomputeran, kerja-kerja menanam Pemikiran Komputasional (CT) di seluruh bidang STEM untuk membangunkan analisis dan kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan pelajar-pelajar mereka. Menurutnya lagi Pemikiran Komputasional melibatkan penyelesaian masalah, mereka bentuk sistem, dan memahami tingkah laku manusia, dengan melukis pada konsep-konsep asas kepada Sains Komputer dan juga Pemikiran Komputasional termasuk pelbagai alat pemikiran yang mencerminkan keluasan bidang Sains Komputer.
Csizmadia, A. et al. (2015) menyatakan Pemikiran Komputasional menyediakan kerangka kerja yang kuat untuk belajar pengkomputeran, dengan aplikasiyang meluas di luar Komputasional itu sendiri. Ia adalah proses mengiktiraf aspek Komputasional di dunia yang mengelilingi kita dan meruapakan alat aplikasi dan teknik dari Pemikiran Komputasional untuk memahami dan sebab berkaitan persekitaran semula jadi, sosial dan proses dan kepintaran buatan . Ia membolehkan murid untuk menangani masalah, untuk memecahkan masalah ke dalam bentuk pecahan kecil dan merangka algoritma untuk menyelesaikannya.
Pemikiran Komputasional merupakan kaedah literasi baru Abad ke-21 kerana proses berfikir yang terlibat dalam kaedah tersebut dapat merumuskan formula masalah dan supaya penyelesaian masalah dapat diwakili dalam bentuk yang berkesan yang ditunjukkan oleh agen pemprosesan maklumat. ( Swaid, 2015).
Pemikiran Komputasional adalah satu kemahiran hidup yang sangat penting di mana semua murid pada masa kini perlu berkembang berdasarkan konsep tersebut. Ianya penting dalam memahami dunia kini yang berkembang dengan luas secara digital. Oleh itu, Pemikiran Komputasional merupakan satu konsep yang penting dalam mewujudkan tambahan pengajian baru dalam subjek Pengkomputeran (Csizmadia, A. et al. ,2015)
Kesimpulannya dalam jurnal-jurnal tersebut kita boleh melihat dengan jelas idea dan kajian penulis-penulis tersebut dan dapat dirumuskan persekitaran Pemikiran Komputasional merupakan penekanan yang penting dalam menuju ke masa depan selaras dengan agenda pembelajaran Abad ke- 21. Adalah menjadi hasrat semua pihak dalam sektor pendidikan untuk mejayakan persekitaran pembelajaran positif.
REFERENCE
Swaid, S. I. (2015). Bringing computational thinking to STEM education. Procedia
Manufacturing, 3(Ahfe), 3657–3662.
Csizmadia, A. et al.
(2015). Computasional thinking: a guide for
teachers.
Akses pada 24 April 2017 daripada http://computingatschool.org.uk
Sekian, Terima kasih.