Kredit Gambar Asal : https://www.enago.com/academy/top-high-impact-factor-journals/

ππ„π‘πŠπŽππ†π’πˆπ€π ππ”ππ‹πˆπ‚π€π“πˆπŽπ π‡πˆπ†π‡ πˆπŒππ€π‚π“ ππ€π†πˆ π„π€π‘π‹π˜ 𝐂𝐀𝐑𝐄𝐄𝐑 𝐑𝐄𝐒𝐄𝐀𝐑𝐂𝐇𝐄𝐑𝐒 (𝐄𝐂𝐑𝐬)

1. Alhamdulillah, lama tak sharing di FB ini. Bagi penyelidik yang baru (ECRs) seperti saya yang baru berkhidmat selama 2 Tahun 4 Bulan sebagai pensyarah kanan di sebuah universiti penyelidikan (UTM) sangat digalakkan untuk penerbitan berimpak tinggi (Q1 & Q2) di Web of Science (WoS). Mungkin penulisan ini sesuai atau tidak, sekurang-kurangnya pengalaman ini dapat membantu walaupun sedikit kepada (ECRs).

2. Pengalaman pertama saya menerbitkan artikel di WoS dengan quartile (Q1) adalah pada tahun 2022 semasa masih bergelar pelajar, itupun selepas selesai menghantar correction tesis Ph.D. Waktu tiada tekanan selepas selesai jilid tesis, saya convert dapatan data tesis kepada artikel dan SV saya menggalakkan saya belajar menghantar ke jurnal Q1/Q2. 3 buah jurnal (Q1/Q2) reject di peringkat awal submission, jurnal ke 4 barulah menerima artikel saya ke peringkat review, dengan 3 kali correction. Proses keseluruhan adalah selama lebih kurang 10 bulan untuk artikel saya publish.

3. Tahun 2023 adalah tahun saya bermula kerjaya baru di UTM, dengan mendapat 2 buah geran sebagai ketua penyelidik (PI), pada mulanya angan-angan adalah menghantar artikel ke WoS (Q1/Q2), tetapi selepas 2 kali rejected, saya ambil keputusan untuk hantar ke jurnal indeks Scopus kerana geran terikat dengan masa yang diperuntukkan. Ini bagi memastikan output geran yang minima berjaya dicapai mengikut masa geran. Alhamdulillah Tahun 2023 ada 4 buah artikel Scopus berjaya diterbitkan. Tiada rezeki WoS tahun ini.

4. Tahun 2024, saya banyak menerima pelawaan sebagai ahli geran sama ada dalam UTM dan luar UTM. Salah satu kelebihan, kerjasama seperti ini juga memberikan faedah dalam bentuk penerbitan, saya mempunyai 2 buah artikel WoS (ESCI) sebagai co-author, walaupun bukan Q1/Q2 tetapi bagi (ECRs), sudah cukup baik sebagai permulaan. Walaubagaimanapun, saya telah mula merancang dengan peranan sebagai Corresponding /Main Author bersama-sama dengan pelajar di bawah seliaan untuk menulis artikel dengan target ke WoS (Q1/Q2). Bagi pelajar yang belum Proposal Defense (PD), saya menggalakkan untuk meneroka konsep bibliometrik. Sementara itu, Alhamdulillah Tahun 2024 ada 6 buah artikel Scopus berjaya diterbitkan hasil bersama pelajar dan geran sendiri dan geran lain sebagai ahli.

5. “Learn, UnLearn, Relearn”. Walaupun sibuk, saya sendiri membeli buku Analisis Bibliometrik daripada PM Dr. Aidi Ahmi yang tersohor dengan konsep ini. Setelah mencuba belajar sendiri dan yakin, baru saya mengajak pelajar bersama-sama menulis bersama saya. 2 buah artikel konsep bibliometrik berjaya dihasilkan tahun 2024, dengan anggaran jika berjaya ke peringkat review pun dah cukup baik dan saya akan perincikan nanti pada point seterusnya. Saya juga memberitahu pelajar prosesnya panjang, tuaian hasil mungkin tahun 2025. Bagi pelajar master saya yang telah selesai jilid disertasi. Saya menggalakkan untuk convert kepada artikel. Kemudian saya akan perbaiki penulisan, yang mana saya rasa agak baik kualiti analisisnya, saya menghantar ke WOS (Q1/Q2), sekarang 2 buah artikel sedang under review di jurnal WOS (Q1/Q2). Mana yang saya sederhana kualitinya saya akan menghantar ke Scopus atau Non-Index jurnal mengikut kesesuian.

6. Alhamdulillah semalam (13 Januari 2025), rezeki pertama artikel bibliometrik penulisan bersama pelajar Ph.D saya yang menulis semasa semester kedua (Belum PD) telah “Accepted” di WoS Q1 dengan Impact Factor 4.5. Saya ingin berkongsi perjalanan artikel ini sebagai rujukan akan datang. Pertama bidang kami adalah Educational Technology, ini adalah kekuatan kami kerana banyak jurnal Q1/Q2 dalam bidang kami. Jadi saya mempunyai banyak pilihan. Strategi pertama saya adalah membuat satu database mudah (Google Sheet), senarai 25 jurnal dengan High Impact tertinggi dalam database WoS dalam bidang kami. Kemudian sedikit leceh, saya filter secara manual hanya jurnal yang APC free atau Hibrid supaya dapat memilih tanpa bayaran. Kemudian saya susun 6 buah jurnal daripada penerbit yang sama iaitu Springer dengan tujuan kalau “Rejected”, tanpa effort yang tinggi, maksudnya gunakan template dan format yang sama boleh di submit ke jurnal seterusnya dengan mudah dan cepat yang menggunakan format yang sama.

7. Berikut adalah perjalanan artikel ini yang bertajuk “The Advancement of Artificial Intelligence in Education: Insights from a 1976–2024 Bibliometric Analysis”, secara keseluruhan 4 buah jurnal WoS (Q1) membuat keputusan rejection di peringkat awal tanpa review. :

(i) Education and Information Technologies (EIAT) (Q1)
Tarikh Submit : 25/04/2024 Tarikh Reject : 26/04/2024 Jumlah 1st Decision : 1 Hari
Komen : While we appreciate your review, we have found there are too many submissions which review similar areas, and are confounded by systematic review and meta-analyses.
Furthermore, the results of such reviews tend to become out-dated quite quickly. As you submitted your manuscript, you may have noticed at the article type selection stage, the warning that β€œLiterature review articles are not accepted in Education and Information Technologies”.

(ii) Australasian Journal of Educational Technology (AJET) (Q1)
Tarikh Submit : 26/04/2024 Tarikh Reject : 04/05/2024 Jumlah 1st Decision : 9 Hari
Komen : Unfortunately, our decision is to reject this submission without sending it for peer review. AJET is a high-impact journal with a focus on the use of educational technologies in tertiary education. Unfortunately, your submitted work does not sufficiently align with the aims and scope of the journal.

(iii) Educational Technology Research & Development (ETRD) (Q1)
Tarikh Submit : 09/05/2024 Tarikh Reject : 24/05/2024 Jumlah 1st Decision : 15 Hari
Komen : Your manuscript seems interesting. In the current form We are having a difficult time seeing the rationale for why this research is important. While this manuscript is set up in a logical fashion, the significance and importance are not well developed. In its current version, this manuscript would not be found favorable by the journal reviewers.

(iii) Technology, Knowledge and learning (TKNL) (Q1)
Tarikh Submit : 14/06/2024 Tarikh Reject : 24/06/2024 Jumlah 1st Decision : 10 Hari
Komen : After carefully reading your manuscript, I see the potential of your work. However, Technology, Knowledge and Learning has an interest in advancing the field of educational technology, thus, accepting manuscripts that focus on technologies that may have an impact on teaching and learning, including rigorous empirical intervention research findings. Unfortunately, the research presented in your manuscript does not align with the expected advances for the scientific community.

(v) Journal of Research on Technology in Education (JRTE) (Q1)
Tarikh Submit : 27/06/2024 Tarikh Review : 03/07/2024 Jumlah 1st Decision : 7 hari.
Tarikh 1st Round Review : 19-Aug-2024
Tarikh 2nd Round Review : 27-Nov-2024
Tarikh Accepted : 13-Jan-2025
Jumlah Hari daripada Submission ke Accepted : 6 bulan dan 20 hari

8. Jika anda betul-betul yakin dengan kualiti artikel anda dan mempunyai banyak masa, anda perlu banyak bersabar dangan rejection, kerana secara falsafahnya sebuah artikel yang baik sekalipun, perlu ditempatkan di rumah (Jurnal) yang betul dengan skop jurnal tersebut. Lebih-lebih lagi bagi artikel yang bersifat menggunakan data sekunder seperti konsep SLR dan bibliometrik. Mungkin lebih mudah jika anda mempunyai artikel yang mempunyai data emperikal dengan analisis yang terkini bagi jurnal Q1/Q2.

9. Secara keseluruhannya, kini saya mempunyai 5 artikel yang telah di submit ke Jurnal WoS Q1/Q2. Dengan 1 telah “Accepted”, 2 “Under Review”, 2 lagi baru peringkat Submission. Walau apapun keputusannya akan datang, yang lebih penting adalah proses yang dipelajari, kerana biasanya yang sukar adalah “Langkah Pertama”, sebelum anda mula memahami selok belok bagi penerbitan high impact. Semua artikel saya juga melalui proses “Proofread” memandangkan english saya kurang baik. Saya menggunakan khidmat Mathsproofread. Terpulang kepada anda asalkan dapat menaikkan kualiti penulisan artikel anda. Lebih-lebih lagi zaman AI ini, ChatGPT pun boleh digunakan untuk proofread bagi yang tahu tekniknya.

10. Rumusannya, (ECRs) perlu cuba belajar strategi dan penulisan yang lebih berkualiti bagi memenuhi keperluan Jurnal Q1/Q2. Dalam bidang Teknologi Pendidikan, sebagai contoh apabila saya membuat artikel konsep Bibliometrik, saya perlu cepat mengenalpasti trend terkini dengan membuat topik yang belum ramai explorer supaya menjadi perintis awal, kerana jurnal seperti ini mempunyai strategi untuk meningkatkan citation mereka, sudah pasti artikel dengan trend atau topik terkini lebih berpeluang cerah mendapat citation yang tinggi. Yang mana baik daripada penulisan ambilah sebagai pedoman. Mungkin ada kelemahan dan kesilapan dalam penulisan ini minta diperbetulkan.

Yang Benar,

Mohd Fadzil Abdul Hanid