Monthly Archives: September 2021

Covid Kau Jahat!

Aku sunyi

Sunyi

Terpisah dengan isteri

Terpisah dengan anak

Aku terlantar di rumah sakit

Bersama puluhan rakan yang lain

Mengapa aku di sini?

Mengapa buka mereka?

Mengapa orang lain masih bebas?

Adakah mereka kebal?

Menatap di kiri katilku,

Menderita kerana penyakit

Menatap di kanan katilku,

Tenang menghadapi dugaan

Aku perlu kuat

Aku perlu redha

Aku perlu lawan kau

Kau bukan kawan aku

Jutaan manusia menderita kerana kau

Kau hadir tanpa disedari

Menyakitkan

Menghuru harakan

Pantas kau datang

Pergi!

Aku tak mahu kau terus bersamaku.

Kenapa perlu hadir dalam hidup aku.

Berapa ramai lagi manusia perlu mati?

Berapa lama barisan hadapan perlu berkorban?

Korban masa

Korban tenaga

Kau jahat!

COVID, Kau jahat!

Cerpen peribahasa dewan bahasa dan pustaka wilayah selatan – ini kisah aku

Ini kisah aku…

Sedang aku asyik menyiapkan tugasan-tugasan kerja, tetiba aku dimasukkan dalam satu kumpulan whatapps. Tajuk kumpulan tersebut cerpen peribahasa.

Dalam hati aku, terus rasa teruja.

“Adakah aku menang?”

Segera aku memaklumi isteriku. Mungkin aku tersenarai sebagai pemenang cerpen anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aku tengok senarai ahli dalam kumpulan tersebut. Hampir semua aku kenal. Penulis-penulis hebat di sekitar negeri Johor. Ada novelis, ada sasterawan, ada guru Bahasa Melayu.

Aku teringat bagaimana aku menghasilkan cerpen ini. Cerpen yang aku hasilkan adalah berlatarbelakangkan sejarah + fiksyen. Aku menceritakan kisah yang berlaku pada 1509, dua tahun sebelum Melaka diserang oleh Portugis.

Aku sanggup beli buku Sulatatus Salatin untuk mengkaji gaya bahasa lama. Aku memang nekad untuk tersenarai sebagai salah seorang penulis terbaik di Negeri Johor (walaupun bukan negeri tumpahnya darahku).

Tak ramai yang tahu, aku memang meminati karya-karya cerpen dan novel. Bila tamat pengajian PhD aku, aku memang nekad untuk menghasilkan karya-karya yang santai, tapi ada info yang aku bagi. Aku taknak karya aku kelihatan kosong. Ada seseuatu yang aku cuba berikan.

Tapi tak semua orang memahami tujuan sebenar tulisan kreatif atau cerpen. Bagi mereka, tiada orang nak baca. Sebenarnya tanggapan tersebut salah. Seni penulisan cerpen mempunyai minat yang tersendiri. Bukan semua orang mampu untuk hasilkan penulisan cerpen. Sama juga seperti penulisan Q1 dan Q2 yang hanya dibaca oleh ahli akademik. Tak kan makcik-pakcik berminat nak baca. Malah, belum tentu pembuat polisi baca artikel yang ditulis tersebut.

Masyarakat dahagakan penulisan yang berimpak kepada diri mereka. Penyampaian ilmu dalam bentuk yang lebih mereka fahami. Berbanding bahasa2 akademik, dalam bahasa Inggeris. Bukan semua orang faham.

Tapi itulah kehidupan sebagai seorang ahli akademik. Memang terikat kepada penulisan akademik. Kau bawalah 1000 karya cerpen kau untuk kau tayangkan pada universiti kau, pada rakan2 akademik kau, tobat lahum mereka takkan membacanya.

Tapi aku tetap aku.

FORUM BICARA SENI: BUDAYA DAN KESENIAN ISLAM MENDEPANI ERA DIGITALISasi

FORUM BICARA SENI: BUDAYA DAN KESENIAN ISLAM MENDEPANI ERA DIGITALISASI
Panel:
Dr. Abdul Basit Darawi
Pensyarah Kanan,
Akademi Tamadun Islam,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM

Encik Azmee bin Abdul Manap Daqmie
Penerbit, Penyusun Muzik, Penyanyi, Penulis Lagu dan Lirik.

Encik Mohd Nazri bin Alias,
Pengasas, Penerbit, Komposer, dan Ketua Alfarabiband

Moderator
Dr. Mohd Khairy Kamarudin,
Pensyarah Kanan,Akademi Tamadun Islam,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM

Tarikh: 25 Ogos 2021
Masa: 2.30 petang
Platform: FB Akademi Tamadun Islam / Academy of Islamic Civilisation dan Faculty of Social Sciences and Humanities, UTM

Manusia dan pemikiran

https://youtu.be/hyU-b-eHCbA

•Pemikiran merupakan asas kepada perkembangan falsafah, ilmu, sains dan teknologi. Manusia dan pemikiran tidak dapat dipisahkan. Di dalam bab ini akan menjelaskan tentang Falsafah, Visi dan Misi UTM dalam perkembangan sains dan teknologi.

•Selain itu juga akan menjelaskan definisi  pemikiran secara umum serta pemikiran menurut Barat dan Islam.  Selain itu juga teras pemikiran sains dan teknologi menurut Islam dan Barat menjadi topik perbincangan di dalam bab ini.

Definisi Falsafah

•Daripada istilah Greek philosophia (φιλοσοφια); •(philein = “cinta” + sophia = (bijaksana) • cintakan kebijaksanaan •love (or passion) and wisdom (knowledge, understanding).