Ini kisah aku…
Sedang aku asyik menyiapkan tugasan-tugasan kerja, tetiba aku dimasukkan dalam satu kumpulan whatapps. Tajuk kumpulan tersebut cerpen peribahasa.
Dalam hati aku, terus rasa teruja.
“Adakah aku menang?”
Segera aku memaklumi isteriku. Mungkin aku tersenarai sebagai pemenang cerpen anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aku tengok senarai ahli dalam kumpulan tersebut. Hampir semua aku kenal. Penulis-penulis hebat di sekitar negeri Johor. Ada novelis, ada sasterawan, ada guru Bahasa Melayu.
Aku teringat bagaimana aku menghasilkan cerpen ini. Cerpen yang aku hasilkan adalah berlatarbelakangkan sejarah + fiksyen. Aku menceritakan kisah yang berlaku pada 1509, dua tahun sebelum Melaka diserang oleh Portugis.
Aku sanggup beli buku Sulatatus Salatin untuk mengkaji gaya bahasa lama. Aku memang nekad untuk tersenarai sebagai salah seorang penulis terbaik di Negeri Johor (walaupun bukan negeri tumpahnya darahku).
Tak ramai yang tahu, aku memang meminati karya-karya cerpen dan novel. Bila tamat pengajian PhD aku, aku memang nekad untuk menghasilkan karya-karya yang santai, tapi ada info yang aku bagi. Aku taknak karya aku kelihatan kosong. Ada seseuatu yang aku cuba berikan.
Tapi tak semua orang memahami tujuan sebenar tulisan kreatif atau cerpen. Bagi mereka, tiada orang nak baca. Sebenarnya tanggapan tersebut salah. Seni penulisan cerpen mempunyai minat yang tersendiri. Bukan semua orang mampu untuk hasilkan penulisan cerpen. Sama juga seperti penulisan Q1 dan Q2 yang hanya dibaca oleh ahli akademik. Tak kan makcik-pakcik berminat nak baca. Malah, belum tentu pembuat polisi baca artikel yang ditulis tersebut.
Masyarakat dahagakan penulisan yang berimpak kepada diri mereka. Penyampaian ilmu dalam bentuk yang lebih mereka fahami. Berbanding bahasa2 akademik, dalam bahasa Inggeris. Bukan semua orang faham.
Tapi itulah kehidupan sebagai seorang ahli akademik. Memang terikat kepada penulisan akademik. Kau bawalah 1000 karya cerpen kau untuk kau tayangkan pada universiti kau, pada rakan2 akademik kau, tobat lahum mereka takkan membacanya.
Tapi aku tetap aku.