Mohd Khairy Kamarudin Sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Batu Kikir, Negeri Sembilan. Sekolah menengah di Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan. Diploma di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat, Universiti Utara Malaysia. Ijazah Sarjana Ekonomi Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Teknologi Malaysia.
Saya meminati kajian-kajian berkaitan harta pusaka seperti faraid, hibah dan wasiat.
Saya juga meminati karya-karya kreatif seperti penulisan cerpen dan anekdot. Melalui penulisan ini, saya dapat bercerita atau meluahkan perasaan atau komen terhadap sesuatu isu atau peristiwa secara implisit.