PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 3.0

Fakta Ringkas

PKP 3.0 di Malaysia bermula sekitar Mei 2021 sebelum diperketatkan kepada “total lockdown” pada 1 Jun 2021, ketika negara berdepan lonjakan kes COVID-19 yang sangat tinggi akibat penularan varian Delta. Sepanjang tempoh ini, kes harian meningkat mendadak sehingga mencapai lebih 20,000 kes sehari pada Ogos 2021, menjadikannya fasa paling kritikal dalam pandemik di Malaysia. Sistem kesihatan negara turut terkesan apabila hospital dan unit rawatan rapi (ICU) hampir penuh, manakala petugas barisan hadapan mengalami keletihan yang serius akibat tekanan kerja yang berterusan.

Dalam masa yang sama, kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang merangkumi beberapa fasa berdasarkan situasi kes, kapasiti hospital dan kadar vaksinasi. Program vaksinasi kebangsaan dipergiatkan secara besar-besaran dengan pembukaan pusat pemberian vaksin di seluruh negara, serta penggunaan aplikasi MySejahtera bagi tujuan pendaftaran, temu janji dan pemantauan.

Sepanjang PKP 3.0, pelbagai sekatan ketat dikenakan termasuk larangan rentas negeri dan daerah, penutupan hampir semua sektor ekonomi tidak penting, larangan makan di premis, serta penggantungan aktiviti sosial dan sukan. Keadaan ini memberi kesan besar kepada rakyat apabila ramai kehilangan sumber pendapatan dan perniagaan kecil terpaksa ditutup, sekali gus memaksa kerajaan memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan bagi meringankan beban yang dihadapi.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2.0

PKP 2.0

PUTRAJAYA, 19 Jan – Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua memberi impak lebih rendah terhadap ekonomi dengan kerugian kira-kira RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata tidak seperti sebelumnya, PKP 2.0 membenarkan lima sektor utama negara untuk terus beroperasi manakala perusahaan kecil dan sederhana serta mikro seperti gerai dan warung juga boleh dibuka.

Lima sektor terbabit adalah pengilangan dan pembuatan; pembinaan; perkhidmatan; perdagangan dan pengedaran serta perladangan dan juga komoditi.

“Walaupun sektor-sektor ini masih beroperasi, kita tidak boleh membiarkannya kepada keadaan (dan perlu bersedia).

“Tempoh pelaksanaan PKP kali ini turut bergantung kepada kawalan penularan kes jangkitan COVID-19,” katanya dalam sesi taklimat media mengenai pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) di sini, hari ini.

Pakej tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang bertujuan memerangi pandemik COVID-19, menjaga kesejahteraan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan berikutan pelaksanaan PKP kedua.

Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul berkata pakej PERMAI merupakan penambahbaikan bagi inisiatif yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 serta inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang sedang dilaksanakan.

Malah, kata beliau, pakej PERMAI juga dirangka khusus bagi perniagaan yang tidak dapat dijalankan seperti biasa.

“Setakat ini, kita telah dapat mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini juga antara sebab pakej PERMAI ini dilaksanakan,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, KDNK Malaysia bagi suku ketiga 2020 mencatat penguncupan 2.7 peratus iaitu antara terbaik dalam kalangan negara-negara ASEAN berbanding Singapura (-7 peratus), Indonesia (-3.5 peratus), Filipina (-11.5 peratus) serta negara maju seperti Amerika Syarikat (-2.9 peratus).

Beliau berkata, walaupun kerajaan memberi peruntukan RM15 bilion dengan suntikan fiskal tambahan RM6.6 bilion melalui PERMAI, namun unjuran defisit fiskal kerajaan tidak berubah pada 5.4 peratus setakat ini.

“Rakyat perlu faham bahawa kerajaan telah melakukan yang terbaik dan pada masa sama sentiasa berbincang dengan Kementerian Kesihatan dari sudut ekonomi untuk memastikan usaha yang dilakukan adalah seimbang,” kata beliau.

Bernama.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 1.0

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Fasa 1

18 Mac 2020 – 31 Mac 2020

Fasa 2

1 April 2020 – 14 April 2020

Fasa 3

15 April 2020 – 28 April 2020

Fasa 4

29 April 2020 – 12 Mei 2020

COVID 19

18 MAC 2020 HARI PERTAMA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

UTM Open Day