Resepi Bubur Lambuk Terengganu Halaman Dhuha

(6 orang makan)

Bahan-bahan

  1. 1 cawan beras (Beras tempatan/ beras siam)
  2. 1 ikat daun-daun bubur lambuk (daun kadok, pucuk ubi, pucuk middin, daun ulam bulu)
  3. 1 kiub bilis
  4. 4 ekor ikan selayang
  5. 10 ekor ikan bilis kering
  6. 2 ulas bawang putih
  7. 4 ulas bawang merah
  8. 1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
  9. Garam dan perasa secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan direbus dan diambil isi
  2. Beras direbus dengan air sederhana banyak untuk dijadikan bubur (lebih kurang satu setengah jam untuk dijadikan bubur). Boleh tambah air jika beras belum kembang. Masak sehingga menjadi bubur.
  3. Bawang merah, bawang putih, ikan bilis, serbuk lada hitam dan isi ikan dikisar sekali sehingga halus.
  4. Masukkan bahan yang dikisar di (3) dan kiub ikan bilis di dalam beras yang sudah menjadi bubur.
  5. Masukkan garam dan perasa secukup rasa.
  6. Masukkan daun-daun bubur lambuk.
  7. Masak sehingga daun agak layu.