My first edited book! One of 2021 KPIs achieved!

Lonjakan kuantum (Quantum Leap), daripada Fizik ke Politik merupakan sebuah autobiografi ayah saya, Abdul Latiff Awang. Sudah lama kami adik-beradik mendesak beliau untuk menulis autobiografi yang menceritakan pengalaman beliau yang unik untuk dijadikan pedoman dan panduan anak-anak, cucu-cucu dan seterusnya mereka yang membaca buku ini. Pernah dikenali sebagai “Exco Kertas Kerja” kerana gemar menulis kertas kerjanya sendiri, tidak seperti wakil rakyat lain yang kebiasaannya mengharapkan pegawai bawahan untuk menulis kertas kerja, saya yakin penulisan beliau ini dapat menghasilkan satu naskhah yang menarik dan tersendiri.

——-

Kisah yang diceritakan bermula daripada seorang budak kampung yang digelar ‘Putih’ dan bekerja sebagai penggembala kambing, menjual bepang dan ikan di pasar, seterusnya berjaya diterima masuk ke sekolah elit di Kuala Lumpur. Perjalanan beliau tidak terhenti setakat itu sahaja, beliau meneruskan pembelajaran di Universiti Malaya namun malangnya terkandas seawal tahun pertama pengajian. Beliau tidak berputus asa dan peluang kedua yang tiba iaitu tawaran melanjutkan pengajian di Universitas Gadjah Mada di Indonesia tidak disia-siakannya, dan seterusnya sehingga ke peringkat PhD di University of Essex, United Kingdom.

——-

Buku ini juga mengisahkan kisah suka-duka beliau dalam bidang akademik, bermula daripada seorang tutor/felo sehingga menjawat jawatan Dekan di Pusat Pengajian Sains Fizik, USM. Seterusnya beliau berkongsi pengalaman beliau dalam bidang politik, bagaimana dengan bermodalkan pinjaman bank untuk berkempen di DUN Bukit Payong, sehinggalah menang-kalah-menang-digugurkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong, Terengganu. Kisah manis, pahit, sepak terajang dunia politik sebagai Ahli Majlis Kerja Kerajaan Negeri (EXCO) Terengganu selama 2 penggal, dan juga kisah inspirasi tokoh-tokoh yang menjadi mentor beliau dalam dunia akademik dan politik seperti Allahyarham Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad dan Tan Sri Musa Mohamad turut terkandung dalam buku ini. Bagaimana tertubuhnya Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Terengganu, dan Kolej Universiti TATI, TESDEC dan pelbagai lagi pengalaman beliau dalam menaikkan nama insititusi pendidikan di negeri Terengganu, sehingga akhirnya bersara daripada dunia politik namun masih bersemangat meneruskan minat dalam bidang pendidikan menerusi Institut Kemahiran KT Skill.

——-

Membaca buku yang ditulis dari kaca mata ayah saya menimbulkan keinsafan kepada saya kerana terdapat kisah kesempitan hidup beliau sebelum berjaya yang tidak pernah diceritakan kepada kami sebelum ini.Kami adik beradik sepakat untuk bekerjasama melakukan kerja-kerja suntingan, ‘proof reading’, pengindeksan, penerbitan dan seterusnya pemasaran buku ini. Buku ini masih dalam proses percetakan dan dijangka siap dalam tempoh satu minggu akan datang.

——-

This is for sure a must-read book and trust me, you won’t regret it!Pra-tempahan kini dibuka dan untuk mereka yang berminat, boleh layari laman web berikut dan klik pada BELI SEKARANG: https://hdhalamandhuha.wixsite.com/my-site

Harga senaskhah ialah RM40.00, sudah termasuk kos penghantaran melalui kurier. Pembelian melalui laman web akan menerima naskhah yang ditandatangani oleh penulis.Untuk maklumat lanjut serta bagi pembelian secara pukal (5 naskhah dan ke atas), atau pembelian bagi tujuan infaq ke perpustakaan/sekolah/badan amal, sila hubungi:

Najwa Latiff

#lonjakankuantum

#QuantumLeap

#daripadaFizikkePolitik

#fromPhysicstoPolitics

#biartahujangankeliru