Kursus WebPeople@UTM

Kursus webPeople@UTM ini telah disampaikan oleh Ir. Ts. Dr. Zaki Yamani Zakaria. Saya telah belajar tentang kelebihan mempunyai blog dan website sendiri. Di webPeople@UTM ini, kita dapat meningkatkan budaya menulis dan membaca serta dapat juga menambah markah bonus dalam SKT ya. Selain itu, sedikit sebanyak kita dapat berkongsi ilmu bersama pembaca.

New Year 2023

Agenda

About Me

Assalamualaikum & SalamSejahtera

Salam Perkenalan warga UTM yang dihormati.

Nama diberi adalah Nabilah binti Zainol Abidin. Berasal dari Negeri Pahang dan telah menetap di Johor selama hampir 15 tahun. Telah berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak.

Kehidupan ini penuh cabaran. Namun kita harus kuat mengharunginya & perlu yakin setiap yang berlaku adalah kehendak Allah yg maha berkuasa. Matlamat hidup mesti jelas; Berbahagia & berjaya didunia serta akhirat.

My Team

Seksyen Multimedia mempunyai 2 unit dibawahnya iaitu

  • Unit Pengurusan – Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penyenggaraan bahan dan peralatan media. Tujuannya untuk memulihara bahan dan alat media yang ada di Perpustakaan UTM untuk warisan masa depan.

  • Unit Pembangunan – Menjalankan kerja-kerja pembangunan multimedia yang terdiri dari pembangunan montaj dan video korporat, video temubual, video pengajaran & pembelajaran, video rakaman program dan kerj-kerja fotografi acara-acara rasmi perpustakaan UTM.