Archives for January 2022

JAMUAN AKHIR TAHUN BKP 2021

Pejam celik dah sampai akhir tahun 2021. Adelah makan-makan sikit kan.. Kali ni kami ke Hotel Renaissance untuk sambutan ulang tahun staf dan jamuan akhir tahun 2021. Disebabkan Covid-19, jamuan diadakan secara sederhana dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Pihak hotel menyediakan glove pada setiap tetamu untuk digunakan ketika mengambil makanan. Meja pon jauh-jauh..huhuhu..

Ketibaan penaung Kelab BKP

Acara dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan sepatah dua kata dari penaung Kelab BKP 2021.

Lepas baca doa..kite makan la!! Kelab BKP juga ada menyediakan goodies untuk semua ahli kelab. Seronok bila dapat hadiah. Selain itu, ada juga acara tukar-tukar hadiah. Nama penerima akan dicabut on the spot. Jadi kite tak tahu siapa penerima hadiah kita sehingga nama nya dicabut.

Tukar-tukar hadiah

Seronok-seronok jugak! SOP kene jaga! Makanan kat sini sedap-sedap dan banyak. Makanan dihidang secara buffet. Boleh makan sebanyak mana yang kita mahu. Tak tahu lah berapa round kami makan haritu..hahaha!!

Geng Cakk

Semestinya ini satu kenangan manis yang tidak boleh dilupakan.

TENTANG SAYA

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,

Pertama kali menulis di blog hati rasa berbunga-bunga. Mana tidaknya, dapat ilmu baru zaman-zaman IT ni. Zaman sekolah dulu hanya boleh menulis di buku atau diari sahaja (siap ade mangga lagi! haha). Alang-alang dapat ilmu yang baru ni jom la kita explore lebih ckit..hehehe..

Nama diberi Fatin Nadhirah. Kat sekolah kebanyakan orang tiak (melaka style) Nadhirah. Sekarang orang tiak Fatin je. Asal Johor tapi mak ayah orang Melaka. Tu kadang-kadang cakap bunyi macam Melaka..hahah! Lahir di Hospital Sultanah Aminah pada 17 Jun 1989 dan masih menetap di Johor hingga sekarang.

Sekolah merata-rata sekitar Johor. Tadika di Tadika Ihsan, UTM Skudai. Kemudian masuk darjah 1 di Sek. Taman U 2. Sebab darjah 2 kene sekolah petang, tukar la ke Sek. Taman U 1 pula hingga lah darjah 6. Habis UPSR, sambung tingkatan 1 di SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi. Selalu la piknik kat Desaru dengan Tanjung Balau..hahaha!! Sampai tingkatan 3 je. Lepas tu sambung pula di SM Teknik Pontian sampai habis SPM. Sedih sebab sekolah ni da tinggal bangunan je.. Sekarang lebih dikenali sebagai Matrikulasi Pontian.

Maka bermula la kehidupan sebagai sebahagian dari DNA UTM. Habis SPM terus sambung diploma Ukur Bahan di UTM Kuala Lumpur dari tahun 2007 hingga 2010. Kali ni lepak KLCC pula..hahaha! Zaman ni pergi KLCC naik teksi baru RM4. Alhamdulillah, CGPA ok la juga..sambung ke Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di UTM Skudai dari tahun 2010 hingga 2012. Kali ni jadi tourist guide member sebab memang orang Johor kan. Member ramai dari Pantai Timur. Habis degree sambung Master in Construction Management hingga tahun 2014. Kirenye grad tahun 2014 la. Dapat merasa konvo dengan Permaisuri Johor.

Kalau sekolah merata, kerja pon merata juga..hahah!! Kerja pertama di Skudai sebagai konsultan Ukur Bahan. Kemudian ubah angin ke Kuala Lumpur sebagai Juruukur di firma kontraktor. Alhamdulillah, sekarang sudah berkhidmat di UTM Skudai di Jabatan Harta Bina sejak tahun 2015. Harap-harap sampai pencen la ye…