Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,
Pertama kali menulis di blog hati rasa berbunga-bunga. Mana tidaknya, dapat ilmu baru zaman-zaman IT ni. Zaman sekolah dulu hanya boleh menulis di buku atau diari sahaja (siap ade mangga lagi! haha). Alang-alang dapat ilmu yang baru ni jom la kita explore lebih ckit..hehehe..
Nama diberi Fatin Nadhirah. Kat sekolah kebanyakan orang tiak (melaka style) Nadhirah. Sekarang orang tiak Fatin je. Asal Johor tapi mak ayah orang Melaka. Tu kadang-kadang cakap bunyi macam Melaka..hahah! Lahir di Hospital Sultanah Aminah pada 17 Jun 1989 dan masih menetap di Johor hingga sekarang.
Sekolah merata-rata sekitar Johor. Tadika di Tadika Ihsan, UTM Skudai. Kemudian masuk darjah 1 di Sek. Taman U 2. Sebab darjah 2 kene sekolah petang, tukar la ke Sek. Taman U 1 pula hingga lah darjah 6. Habis UPSR, sambung tingkatan 1 di SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi. Selalu la piknik kat Desaru dengan Tanjung Balau..hahaha!! Sampai tingkatan 3 je. Lepas tu sambung pula di SM Teknik Pontian sampai habis SPM. Sedih sebab sekolah ni da tinggal bangunan je.. Sekarang lebih dikenali sebagai Matrikulasi Pontian.
Maka bermula la kehidupan sebagai sebahagian dari DNA UTM. Habis SPM terus sambung diploma Ukur Bahan di UTM Kuala Lumpur dari tahun 2007 hingga 2010. Kali ni lepak KLCC pula..hahaha! Zaman ni pergi KLCC naik teksi baru RM4. Alhamdulillah, CGPA ok la juga..sambung ke Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di UTM Skudai dari tahun 2010 hingga 2012. Kali ni jadi tourist guide member sebab memang orang Johor kan. Member ramai dari Pantai Timur. Habis degree sambung Master in Construction Management hingga tahun 2014. Kirenye grad tahun 2014 la. Dapat merasa konvo dengan Permaisuri Johor.
Kalau sekolah merata, kerja pon merata juga..hahah!! Kerja pertama di Skudai sebagai konsultan Ukur Bahan. Kemudian ubah angin ke Kuala Lumpur sebagai Juruukur di firma kontraktor. Alhamdulillah, sekarang sudah berkhidmat di UTM Skudai di Jabatan Harta Bina sejak tahun 2015. Harap-harap sampai pencen la ye…
Recent Comments