0137493747 nadzreeq@utm.my

Assalamualaikum semua.

Spoiler untuk Theros Beyond Death dah drop hari ni. Jadi pagi ni kita dihidangkan dengan 3 card promo buy-a-box, dimana saya tak kan beli sebab saya pemain edh (yang dah tak tegar). Ok kat kanan ni ada kad Planeswalker baru, tak la baru sangat sebab Elspeth ni boleh dikatakan mati dalam set Theros yang lepas. Tapi memandangkan Theros ni mengambil konsep zaman Rom, jadi orang yang mati takkan betul-betul mati selagi tak diadili oleh dewa kematian diorang. Jadi beliau ni dah jalan-jalan kat River of Nyx, kalau zaman Rom diorang panggil river of styx, dan beliau ni dapat lah escape dari big boss masa tu.

 

ni Atreos. Beliau ni kira macam tukang bawak orang dalam boat untuk diadili la. Kalerwise, beliau adalah orzhov kaler. Orzhov tu apa? Orzhov ni kaler hitam putih dalam ravnica, jadi siapa yang hitam putih, kira macam Orzhov la.

Kat sini kita dapat lihat bahawasanya Athreos ni adalah legendary enchantment creature. Jadi bila dia legendary creature je, maka automatic boleh buat deck EDH. Jadi bermula la sesi kreatif dan kritis untuk buat deck edh dengan beliau. apa yang saya suka dengan beliau adalah, Athreos ni indestructable. jadi normal “destroy target creature” takleh kacau beliau. Jadi tambah je sikit perasa macam kad swiftfoot boots untuk bagi evasion pada spell.

2nd yang saya suka adalah, dia bukan creature selagi devotion tak cukup tujuh. macam mana devotion nak cukup tujuh? kalau permanent yang kita control ada 7 simbol mana putih dan hitam, maka dia adalah creature. Jadi selagi dia bukan creature, kita tak risau la nak guna dia untuk block.

3rd ability, bila end step, letak coin pada mana-mana creature lain. Termasuk creature opponent. Bila creature opponent mati atau exile, return creature tersebut ke battlefield dibawah kelolaan anda. Nampak tak, bukan yang mati je, yang exile pon. Hal ini membuatkan banyak interaction boleh dilakukan dengan athreos.

Nanti saya sambung siri kedua dengan EDH Athreos ni.