BERDAMAILAH DENGAN KEGAGALAN

Semua orang inginkan kejayaan. Sejak lahir hingga ke liang lahat, kita diasak untuk mencapai kejayaan.Kita akan rasa bangga, gembira dan syukur dengan kejayaan² yang kita capai. Kita dibayangkan dengan impian yang manis² dengan kejayaan itu. Kita dijanjikan dengan berbagai penghargaan dan pengiktirafan jika kita mencapai kejayaan.

Ramai kawan, sahabat dan saudara akan sama² meraikan kejayaan. Doa selamat dan kesyukuran dengan jamuan pulut kuning dan bubur merah kita sajikan sebagai menzahirkan rasa kesyukuran kita.

Di sisi lain pula, kita dimomokan dengan pedih dan gelapnya sebuah kegagalan hingga kita rasa amat takut dengannya.Kita juga disuakan dengan akibat² buruk jika kita gagal. Kita akan mengalami rasa rendah diri, sedih, marah, kecewa dan putus asa.

Namun demikian, jika kita sedar, sebenarnya, situasi bersilih gantii antara kejayaan dan kegagalan adalah sesuatu yang lumrah, biasa dan normal.

Maksudnya, kita tidak akan selalu berjaya atau berterusan gagal. Kita akan mengecapi kejayaan pada satu masa dan di masa yang lain, kegagalan akan menyapa kita. Ini adalah lumrah, normal, part of cycle in our life.

Ni kita semua tahu! Tapi bagaimanakah kita mahu berdamai dengan kegagalan?

Ada pandangan kata, kitalah yang tentukan bahagia derita dan gagal berjaya. Benarkah begitu?

Mungkin ada benarnya. Namun, kita perlu sedar bahawa ada takdir dan perancangan Tuhan disebalik suka duka hidup kita ini. Takdir pula bukan dalam kawalan kita. Kita bersungguh lah rancang itu dan ini. Kita kira risko atas bawah. Kita berdoa untuk beroleh untung dan dan dijauhi rugi.

Tetapi.. itu semua belum menjanjikan kejayaan buat kita.Tiada seorang pun yang ingin merasa duka nestapa. Jika diberi pilihan, kita mahu bahagia selama-lamanya.

Hakikatnya, tiada kehidupan yang “sempurna” seperti itu di dunia ini. Walau pun panas tidak sepanjang tahun, tetapi mendung juga tidak selamanya.

Teruslah hidup dengan harapan agar ada pelangi yang cantik selepas hujan.

Berdoalah agar bulan mengambang penuh selepas gerhana.

Bersabarlah dengan teriknya matahari kerana dinginnya malam akan datang jua.

Biarlah kegelapan malam berlalu agar matahari bersinar semula.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *