Apakah dia bidang kejuruteraan kimia?
Kejuruteraan kimia adalah satu cabang profession kejuruteraan yang meliputi segala aktiviti serta proses untuk menghasilkan bahan yang berguna dari bahan mentah, atau untuk menambah nilai sesuatu bahan.
Mengapa perlu memilih kejuruteraan kimia?
Bidang kejuruteraan kimia mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap kehidupan manusia. Ia memainkan peranan utama dalam memenuhi keperluan asas manusia serta memacu tamadun manusia yang kian bergantung kepada industri pemprosesan sebagai sumber kemajuan ekonomi serta tamadun sesebuah negara.
Keperluan asas manusia seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, kosmetik, bahan tekstil dan bahan-bahan binaan dari konkrit, plastik, getah, rayon dan fiber adalah produk yang telah di tambah nilai dari sumber bahan mentah melalui proses penghasilan yang berasaskan prinsip-prinsip kejuruteraan kimia.