Welcome to People@UTM. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!
SENYUM
Senyuman tidak memerlukan apa-apa kos, tapi sangat berharga.
Senyuman memperkayakan penerima tanpa memiskinkan pemberi.
Senyuman cuma sebentar, terkadang dikenang selamanya.
Senyuman adalah rehat daripada hari yang meletihkan dan putus asa.
Senyuman adalah cahaya mentari bagi mereka yang sedih dan penawar semula jadi terbaik di kala masa sukar.
Senyuman tidak boleh dibeli, dipinjam atau dicuri, kerana senyuman adalah sesuatu yang tidak boleh digunakan oleh siapa pun melainkan diberikan.
Dan jika seseorang terlalu sibuk atau terlalu letih untuk tersenyum maka berikan satu senyumanmu untuknya.
Kerana tiada siapa yang memerlukan senyuman lebih banyak kecuali mereka yang tidak boleh memberikannya