Nama zeolit atau zeolite berasal daripada nama Greek yang bermaksud batu (lite) yang mendidih (Zeo). Pada asalnya saintis mendapati apabila batu zeolit ini diletakkan dalam air, buih-buih akan muncul disekitar permukaan zeolit tersebut. Fenomena yang berlaku ini seolah-olah batu ini mendidih dalam air. Akan tetapi, ianya bukanlah fenomena penghasilan buih yang terhasil daripada pendidihan tapi udara-udara yang terkeluar disekitar permukaan zeolit datang daripada keliangan atau rongga-rongga kecil yang terdapat di batu tersebut. Keliangan ialah lubang-lubang atau rongga-rongga kecil yang ada didalam batu tersebut. Zeolit memang terkenal dengan mempunyai sifat keliangan yang tinggi. Dengan keliangan inilah, batu zeolit boleh menyimpan udara dan apabila diletakkan dalam air, molekul-molekul air akan menggantikan tempat udara tersebut dan gelembung-gelembung udara akan terbentuk dipermukaan zeolit tersebut. Tambahan lagi, zeolit mempunyai afiniti terhadap molekul-molekul air.

Zeolit yang diletakkan dalam air. Kelihatan seperti buih-buih yang keluar daripada permukaan zeolit.

Zeolit yang diletakkan dalam air. Kelihatan seperti buih-buih yang keluar daripada permukaan zeolit.

Zeolit adalah salah satu mineral yang terdapat di tanah gunung berapi. Ia merupakan bahan tak organik yang berbentuk kristal yang didalamnya terkandung ion-ion bercas positif (+ve) dan juga molekul-molekul air (H2O). Ion-ion yang bercas positif ini biasanya adalah daripada kumpulan I dan II dalam Jadual berkala (Periodic table) seperti natrium (Na+), kalium (K+), magnesium (Mg2+) dan kalsium (Ca2+).

Kerangka zeolit terdiri daripada lingkaran tiga-dimensi yang terbentuk daripada AlO4 (Aluminat) dan SiO4 (Silikat) yang berhubung antara satu sama lain melalui perkongsian oksigen (O). Formula asas zeolit adalah seperti berikut:

Mx/n((AlO2)x(SiO2)y).wH2O

Dimana:

M : ion-ion yang bercas positif

n : nombor valensi bagi ion-ion tersebut

w : nisbah antara silika dan alumina

pembahagi (  ) : Komposisi kerangka

Formula asas zeolit.

Formula asas zeolit.

Rajah ini memberikan gambaran formula asas zeolit dimana ia terdiri daripada struktur kerangka utama hasil gabungan aluminat dan silikat yang membentuk aluminosilikat (Si-O-Al). Kerangka utama ini bercas negatif, jadi kation yang biasanya adalah logam yang bercas positif akan berada dikawasan kerangka utama tersebut bagi meneutralkan kerangka zeolit. Dengan kata mudah, kation-kation yang bercas positif ini akan menyeimbangkan cas negatif kerangka utama. Kation-kation ini mudah untuk ditukarganti kerana ikatan dan interaksi antara kation dan kerangka utama ialah ikatan ionik iaitu ikatan antara cas positif dan negatif. Ia dapat dikurganti dengan kation-kation yang sesuai dengan kerangka utama zeolit. Apa yang penting dalam zeolit ini ialah kerangkanya yang diasaskan daripada aluminosilikat yang bercas negatif dan berbentuk kristal.